Tiga sekeluarga maut motosikal dirempuh kereta

KUALA LANGAT – Tiga beranak, termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 53, Jalan Klang–Banting–Port Dickson, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika kereta jenis Perodua Ativa dipandu seorang wanita berusia lingkungan 30-an dari arah Sepang menghala ke Banting, dipercayai memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan itu bertembung dengan motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki tiga mangsa.

“Pelanggaran itu mengakibatkan pasangan suami isteri serta anak perempuan mereka tercampak ke atas jalan raya,” katanya.

Menurut Mohd Akmalrizal, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Banting.

“Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri berusia 20-an dan seorang bayi perempuan berusia setahun.

“Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit