7 acara utama sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Sebanyak tujuh acara utama disusun bagi mewarnai Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang akan berlangsung pada Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, persiapan telah digerakkan oleh Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana bermula Februari lepas bagi memastikan sambutan berjalan lancar dengan penuh istiadat.

Jelasnya, sambutan itu bukan sekadar acara tahunan negeri yang bertujuan memberi penghormatan, sebaliknya satu platform perpaduan yang mengangkat semangat cintakan negeri dalam kalangan rakyat Sabah.

“Kita mahu acara ini bukan hanya simbolik, tetapi benar-benar dirasai oleh rakyat,” katanya dalam sidang media khas sempena sambutan itu di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini pada Isnin.

Joachim berkata, antara acara utama yang menjadi tumpuan ialah Istiadat Perbarisan dan Perarakan yang akan berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu yang akan disertai lebih 80 kontinjen terdiri daripada jabatan kerajaan, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi penganjian tinggi dan pelajar sekolah.

“Penyertaan yang begitu menyeluruh ini melambangkan semangat perpaduan dan patriotisme rakyat Sabah terhadap kepimpinan negeri,” katanya.

Turut termasuk dalam tujuh acara utama iaitu penganjuran Sidang Media Khas, yang kini menjadi acara rasmi sambutan bagi membolehkan komunikasi langsung antara Jawatankuasa Pelaksanan dan pihak media.

Jelasnya, acara keempat ialah Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Negeri yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin negeri, wakil-wakil masyarakat dalam suasana penuh muhibah dan penghormatan yang juga menjadi wadah meraikan jasa dan sumbangan pelbagai pihak.

Sambutan ini juga tidak lupa untuk memasukkan acara bebentuk keagamaan iaitu Program Kerohanian dan Doa Selamat yang diadakan sebagai tanda kesyukuran serta mendoakan kesejahteraan Tun Musa dan Toh Puan Faridah Tussin serta seisi keluarga.

Manakala bagi acara keenam pula melibatkan pemasangan papan iklan papan ulang tahun di kawasan masing-masing oleh pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri bermula awal Jun ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap kepimpinan Tun Musa.

Acara terakhir pula melibatkan pengisian berbentuk komuniti dan kebudayaan seperti persembahan kesenian, aktiviti hiburan rakyat serta program interaktif yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

“Acara ini bukan sahaja memperkukuh jati diri rakyat Sabah, tetapi juga memupuk semangat kekitaan dan kebanggaan terhadap warisan negeri,” jelas Joachim.

Sehubungan dengan itu, beliau menjemput seluruh rakyat Sabah untuk hadir beramai-ramai ke Padang Merdeka pada 21 Jun ini bagi menyaksikan sendiri acara utama sambutan yang akan berlangsung seawal pukul 6 pagi.

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing