Polis tumpaskan aktiviti sabung ayam, tiga warga emas ditahan

PENAMPANG – Pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan perjudian sabung ayam yang dijalankan secara haram di Kampung (Kg) Sarapan Kolopis, di sini pada Ahad.

Tindakan pantas pihak polis melalui operasi ‘Ops Dadu’ yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berhasil melalui maklumat orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, serbuan dilakukan pada 25 Mei, kira-kira pukul 4.30 petang yang melibatkan sekumpulan individu dan dipercayai terlibat dalam aktiviti sabung ayam.

“Seramai tiga lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 64 hingga 74 tahun telah berjaya ditangkap dan selebihnya melarikan diri.

“Pihak polis turut merampas sebanyak empat ekor ayam hidup, tiga unit sangkar ayam, satu unit gelanggang sabung ayam dan wang tunai sebanyak RM319,” katanya melalui kenyataan media, di sini pada Isnin.

Tambahnya, kesemua suspek dan rampasan dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman denda atau penjara, jika disabitkan kesalahan.

Polis Penampang menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak polis bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

Related Posts

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

KUANTAN – Sebanyak 2,485 barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dengan nilai anggaran RM433,552.78 akan dilupuskan esok selepas selesai proses perundangan. Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

TEMERLOH – Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko