Deklarasi Bersama perkukuh peranan Petronas-PETROS dalam industri gas Sarawak

KUCHING – Peranan Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam industri gas di negeri ini terus diperkukuh susulan termeterainya Deklarasi Bersama antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan deklarasi tersebut sebagai detik bersejarah yang membuka lembaran baharu dalam kerjasama dua hala, selari dengan semangat Persekutuan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepemimpinan dan komitmen dalam memeterai deklarasi tersebut, sekali gus mengiktiraf hak dan aspirasi Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Deklarasi ini menegaskan bahawa undang-undang Persekutuan dan Negeri Sarawak perlu wujud secara harmoni dan dihormati oleh semua pihak,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Menurutnya, deklarasi itu turut mengiktiraf Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016) dan memperkukuh peranan PETROS sebagai pengagregat gas di Sarawak.

“Ini memberi kepastian dan kejelasan kepada industri minyak dan gas. Semua pihak yang terlibat dalam pemasaran, pengedaran dan pembekalan gas kepada pengguna di Sarawak perlu mematuhi DGO 2016,” jelasnya.

Tambah Abang Johari, kerajaan Sarawak komited bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan, Petronas dan PETROS bagi melaksanakan kerangka yang dimeterai secara berintegriti dan telus.

“Langkah ini penting untuk merealisasikan potensi gas Sarawak, memacu Pelan Induk Gas Negeri serta mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih dan mampan, selaras aspirasi Sarawak menjadi hab tenaga serantau ASEAN,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa bagi projek melibatkan rakan antarabangsa di negeri ini, Petronas akan bekerjasama secara langsung dengan PETROS bagi memastikan pelaksanaan yang lebih tersusun dan menyeluruh.

“Deklarasi ini menunjukkan hak Sarawak dihormati, dan kemajuan sebenar hanya boleh dicapai menerusi kepercayaan dan perkongsian tulen antara semua pihak,” katanya.

Deklarasi Bersama itu ditandatangani secara rasmi pada 21 Mei lalu.

Related Posts

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

SANDAKAN – Sebanyak 165.96 gram dadah disyaki syabu bernilai RM18,200 berjaya dirampas dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan siasatan bebas dalam menyiasat  penyeludupan dadah membabitkan seorang pembantu juruterbang tempatan bagi menilai semula keseluruhan prosedur sedia ada. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan