LIMA’25 catat nilai perjanjian pertahanan RM11 bilion untuk negara

LANGKAWI – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) menyaksikan sebanyak 93 perjanjian strategik bernilai RM11 bilion dimeterai bagi tujuan memenuhi keperluan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, nilai bagi perolehan keperluan pertahanan negara tersebut meningkat sekitar RM1 bilion berbanding LIMA’23 iaitu 43 dokumen ditandatangani bernilai kira-kira RM10.1 bilion.

Katanya, bagi edisi LIMA kali ini, terdapat tiga jenis dokumen telah ditandatangani dan diserahkan iaitu 85 Surat Setuju Terima (SST)/Kontrak, dua Surat Niat (LOI) dan enam Memorandum Persefahaman (MoU).

“Secara keseluruhannya, sejumlah RM11 bilion dirancang untuk dibelanjakan bagi tujuan memenuhi keperluan pertahanan negara.

“Pecahan perbelanjaan tersebut dibahagikan kepada lima perkara utama iaitu perolehan aset strategik untuk pertahanan darat, maritim, udara, sekuriti siber dan kemudahan/kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Kontrak dan MoU Kementerian Pertahanan (Mindef) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 85 SST/Kontrak telah ditandatangani dan diserahkan dengan 40 daripadanya melebihi RM30 juta yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM7.54 bilion.

“Manakala 45 daripada 85 SST/Kontrak tersebut tidak melebihi RM30 juta yang mempunyai nilai keseluruhan sebanyak RM783 juta,” ujarnya.

Kata beliau, selain itu, terdapat dua LoI bernilai RM2.68 bilion dengan LOI pertama adalah antara Mindef dan syarikat tempatan, Mildef International Technologies Sdn. Bhd.

“Ia antara lain, permohonan perolehan 136 unit Kenderaan Perisai Jenis A (KJA) dan Infrastruktur bernilai RM1.88 bilion.

“Sementara LoI kedua adalah Mindef dan Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd. (Lunas) berjumlah RM800 juta bagi perolehan ‘integrated logistic support’ dan ‘trials aid’ Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik negara,” ujarnya.

Seterusnya, menurut Mohamed Khaled, terdapat satu MoU melibatkan Mindef dan lima MoU/Perjanjian Kerahsiaan (NDA) melibatkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

“Kementerian menandatangani MoU bersama syarikat di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Technology Sdn. Bhd. (Boustech) mengenai kerjasama strategik program komunikasi ATM.

“Kerjasama dengan Boustech ini membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam perancangan satelit, penyepaduan sistem, penjajaran dengan ‘ATM Mission Network’, penyelarasan spektrum dan orbit, pemindahan teknologi, pembangunan bakat serta pembinaan kapasiti,” jelasnya.

Sementara bagi MoU/NDA melibatkan UPNM, katanya, ia memfokuskan antara lain penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemindahan teknologi, latihan, pensijilan, pengintegrasian kecerdasan buatan (AI), geran penyelidikan bersama dan sebagainya.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik