89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 98 101 114 115 97 109 97 32 80 114 101 109 105 101 114 32 83 97 114 97 119 97 107 44 32 68 97 116 117 107 32 80 97 116 105 110 103 103 105 32 84 97 110 32 83 114 105 32 65 98 97 110 103 32 74 111 104 97 114 105 32 84 117 110 32 79 112 101 110 103 32 112 97 100 97 32 77 97 106 108 105 115 32 77 101 110 97 110 100 97 116 97 110 103 97 110 105 32 80 101
PUTRAJAYA – Kerajaan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan atas kejayaan menyelesaikan isu berhubung penglibatan Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam sektor minyak dan gas negeri ini.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kejayaan memeterai deklarasi bersama antara kedua-dua kerajaan sebagai langkah bersejarah yang mencerminkan semangat kerjasama dan kepentingan bersama antara negeri dan Persekutuan.
“Deklarasi ini bukan sahaja mewujudkan keharmonian dari sudut pelaksanaan undang-undang negeri dan Persekutuan, malah membuka ruang kepada Petronas dan PETROS untuk bekerjasama secara strategik demi masa depan industri minyak dan gas negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Pernyataan Bersama pada Khamis.
Menurut beliau, kerajaan Sarawak terus komited mematuhi peruntukan undang-undang yang sedia ada serta memastikan semua kerjasama dilaksanakan secara tertib dan menyeluruh.
“Kita percaya kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Sarawak dalam industri tenaga, malah menyumbang secara signifikan kepada kemakmuran Malaysia secara keseluruhan,” jelasnya lagi.



