Geng Amy aktif pecah rumah tumpas di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Amy yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang, selepas empat suspek berjaya diberkas dalam operasi khas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kassim Muda berkata, tangkapan melibatkan tiga warganegara dan seorang warga asing berusia sekitar 40-an, hasil risikan susulan dua laporan pecah rumah yang diterima pada 18 Mei lalu.

“Dua kes tersebut berlaku di kawasan perumahan teres dan melibatkan kerugian sekitar RM10,000.

“Suspek dipercayai beroperasi lebih daripada seorang dalam setiap kejadian.

“Dalam operasi itu, polis turut merampas sebuah kereta sewa jenis Perodua Bezza dan sebatang besi ‘kuku kambing’ yang digunakan untuk menceroboh,” katanya dalam sidang media di sini, pada Rabu.

Menurut Kassim, kumpulan terbabit disyaki terlibat dalam pelbagai kejadian pecah rumah di daerah lain seperti Papar, Kudat, Sandakan dan Tawau, menjadikan mereka antara kumpulan aktif yang diburu sejak beberapa tahun lalu.

“Seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah serta pernah menjalani hukuman penjara manakala seorang suspek merupakan warganegara asing.

“Manakala seorang suspek mempunyai sebanyak 26 kes rekod jenayah sejak 2017 dan seorang lagi suspek mempunyai 16 rekod jenayah sejak tahun 2021.

“Modus operandi kumpulan ini ialah menyasarkan kawasan perumahan sunyi dan bergerak secara berkumpulan tiga hingga empat orang menggunakan kenderaan sewa,” jelasnya.

Keempat-empat suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Kassim berkata, pihaknya kini sedang mengesan seorang lagi suspek dikenali sebagai ‘Pindil’ yang masih bebas dan percaya penahanan akan dibuat dalam masa terdekat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada polis bagi membantu siasatan.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok