Kedatangan PMX di Langkawi meriahkan lagi LIMA 2025

LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pulau Langkawi untuk bersama-sama menjayakan penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Beliau dalam satu hantaran berkata, penganjuran LIMA’25 mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama teknologi maritim dan aeroangkasa di rantau ini serta di peringkat global.

“Selain mempamerkan aset dan teknologi pertahanan, LIMA’25 juga menjadi platform penting bagi menjalin kerjasama strategik antara kerajaan dan pihak industri.

“Mendoakan agar segala urusan sepanjang penganjuran LIMA’25 dipermudahkan dan pameran ini menjadi satu edisi yang bermakna dan berjaya, Insya-Allah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, LIMA pada tahun akan berlangsung pada 20 hingga 24 Mei 2025 di Pulau Langkawi.

Pameran ini merupakan edisi ke-17 dan akan diselenggarakan secara bersama oleh Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing