Sabah perlu pemimpin bekerja dengan hasil, bukan ‘tersentuh’ apabila dikritik – Nizam

TAWAU – Sabah memerlukan pemimpin yang tidak mudah tersinggung apabila dikritik, sebaliknya menerima teguran, berkerja dalam diam dan membalas dengan pencapaian.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan agar ahli politik tidak mengeluarkan kenyataan berbaur kiasan atau sindiran dan nostalgia kerusi (mengenang semasa memegang jawatan).

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas menempelak kenyataan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir yang mengkritik Nizam berhubung kelemahan insfrastruktur di negeri ini berikutan kegagalan pentadbiran Sabah semasa Nizam menjadi Pembantu Menteri Kewangan Sabah sebelum ini (Era UMNO).

Nizam berkata, Suhaimi juga menyentuh untuk berterima kasih kepada UMNO, bagaimanapun katanya, kenyataan itu mencerminkan pemikiran politik era 1990-an yang melihat jawatan adalah hasil belas ehsan parti, bukan mandat rakyat.

“Saya tidak menafikan saya pernah berada dalam kerajaan dahulu (UMNO) dan saya juga tidak menyembunyikan rekod saya.

“Bezanya, saya tidak muncul selepas dua dekad, diam, lalu mendakwa suci seperti kain putih.

“Saya terus bekerja dan kekal bersama rakyat, bukan hanya menjelma apabila ingin menabur persepsi,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah itu juga, Suhaimi turut memalitkan beberapa pemimpin GRS termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Datuk Seri Masidi Manjun merupakan barisan yang sama dalam kabinet dahulu.

“Rakan-rakan kabinet yang kini bersama-sama berusaha membetulkan kesilapan lampau termasuk kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin partinya sendiri (UMNO) sewaktu menerajui Kerajaan Negeri dahulu.

“Suhaimi dengan penuh dramatik turut menyeru agar saya melihat cermin. Izinkan saya membalas ‘terkadang cermin yang digunakan itu retak dan yang dilihat cuma bayang-bayang dendam politik lama yang belum selesai.

“Barangkali itu sebabnya beliau (Suhaimi) gagal membezakan fakta dan sentimen’,” tambahnya.

Dalam pada itu, Nizam juga memberi saranan agar Suhaimi lebih ‘menyumbang’ berbanding ‘menyerang’ selain mempersoal dana kemudahan asas Sabah sebanyak RM7.5 bilion semasa era UMNO yang belum berjawab.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok