Lawatan rasmi empat hari PM Anwar ke Rusia bermula hari ini

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Rusia, bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia dalam suasana geopolitik antarabangsa yang semakin mencabar.

Lawatan ini merupakan kunjungan kedua Anwar ke Rusia dalam tempoh lapan bulan, atas jemputan Presiden Vladimir Putin sekali gus menggambarkan peranan penting Malaysia sebagai rakan strategik Rusia, khususnya dalam memperluas hubungan dengan negara-negara Islam.

Semasa lawatan ini, Anwar dijadual mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin, dan juga Putin di Kremlin.

Perbincangan ini dijangka memberi tumpuan kepada kerjasama dalam perdagangan, pendidikan, teknologi, serta hubungan dengan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Selain itu, Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan syarahan umum di Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO) dan akan bertemu dengan Mufti Besar Rusia, Sheikh Ravil Gaynutdin bagi mengeratkan hubungan dengan komuniti Islam di negara itu.

Bagi fasa kedua lawatan, Anwar akan bertolak ke Kazan, ibu negeri Tatarstan, untuk menyertai KazanForum 2025, sebuah platform penting dialog strategik antara Rusia dan dunia Islam.

Di sana, beliau juga akan melawat Ekspo Halal Rusia serta Taman Teknologi Tinggi Kazan.

Untuk rekod tahun 2023, jumlah dagangan antara Malaysia dan Rusia mencapai RM14.22 bilion, dengan Malaysia mengeksport komponen galas bebola, produk getah, dan mesin elektrik, manakala import dari Rusia merangkumi petroleum ditapis, arang batu dan baja potasium.

Lawatan ini dijangka akan terus memperkukuh pendirian berkecuali Malaysia dalam dasar luar negara, selain memperkembangkan diplomasi ekonomi Malaysia ke wilayah Global Selatan.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung