Keputusan STAM 2024 umum pada 20 Mei Ini

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 akan diumumkan pada Selasa, 20 Mei 2025.

Seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2024 yang berlangsung di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut KPM, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula 10 pagi 20 Mei (Selasa) hingga pukul 6 petang 26 Mei (Isnin),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas KPM, semakan juga boleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi 20 Mei (Selasa) hingga 6 petang 26 Mei (Isnin) dengan menaip STAMNoKPAngka Giliran dan hantar ke 15888.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara