Laksana pembaharuan struktur, sistem lebih mampan dalam tangani rasuah secara holistik

PUTRAJAYA – Usaha membanteras rasuah tidak boleh bergantung semata-mata kepada tindakan penguatkuasaan, tetapi perlu berteraskan pembaharuan struktur, budaya dan sistem yang mapan.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pihaknya menyambut baik seruan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr Ismail Bakar yang menekankan keperluan reformasi menyeluruh dalam menangani isu penyalahgunaan kuasa dan kelemahan sistem tadbir urus negara.

Menurutnya, perkara terbabit selari dengan seruan dan gesaan yang telah lama disuarakan oleh MCW bahawa integriti mesti dijadikan asas dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran awam.

“Penubuhan jawatankuasa khas, penglibatan agensi-agensi utama, dan penekanan terhadap pembudayaan nilai integriti adalah langkah-langkah penting yang wajar diperkukuhkan.

“Namun demikian, MCW percaya sudah tiba masanya untuk kita beranjak daripada kerangka konsep kepada pelaksanaan yang lebih konkrit dan berimpak tinggi.

“Cabaran masa kini memerlukan penyelesaian segera, berpaksikan kepada data, penyelidikan praktikal dan pendekatan berasaskan hasil,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ismail yang memaklumkan keutamaan negara kini harus tertumpu kepada merangka pelan tindakan menyeluruh, holistik dan tegas untuk menegakkan nilai integriti sebagai teras kepada strukur serta sistem pemerintahan.

Katanya, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) banyak melakukan tangkapan dan dakwaan namun, ia bukan bermakna sistem mahupun penguatkuasaan bertambah baik

Mengulas lanjut, Jais berkata, penetapan sasaran jelas serta pelaksanaan yang boleh diukur perlu dijadikan keutamaan agar usaha reformasi tidak terhenti menerusi pelaksaan hanya di atas kertas sahaja.

Katanya, di sebalik usaha gigih SPRM yang terus proaktif mengambil tindakan, MCW melihat potensi besar sekiranya agensi-agensi yang lain turut mempercepat pelaksanaan inisiatif integriti masing-masing.

“Pembudayaan integriti bukan sahaja soal jangka panjang, tetapi juga memerlukan komitmen harian, contoh teladan kepimpinan, dan keberanian membuat perubahan dalam sistem yang telah lama berakar.

“Secara keseluruhan, ia adalah satu peringatan penting bahawa usaha membanteras rasuah memerlukan penyertaan semua pihak, kerajaan, swasta dan masyarakat sivil. MCW akan terus mendukung segala inisiatif reformasi bersifat tulen, berani dan berpandangan jauh demi membina sebuah negara bebas rasuah,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula