Kuantan 188 bawa pengalaman istimewa untuk OKU penglihatan

KUANTAN – Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti orang kurang upaya (OKU) kategori penglihatan, Kuantan 188 memberi pengalaman istimewa melalui ‘A Taste Beyond Sight’ di restoran mereka.

Majlis berkenaan adalah antara program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dikendalikan pihak pengurusan menara tertinggi di Pantai Timur itu.

Ketua Pembangunan Perniagaaan, Pemasaran dan Jualan Kuantan 188, Abdul Jamil Mohamed berkata, objektif utama program CSR adalah untuk berkongsi pengalaman berkaitan etika pemakanan yang sesuai dengan situasi majlis.

“Kita bawakan khas komuniti OKU (penglihatan) ini dari Kuala Lumpur untuk merasai pengalaman menjamu selera di Kuantan 188.

“Sudah tentu program atau majlis ini tidak akan berjaya dan berjalan dengan sempurna jika tidak mendapat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengurus Besar Kuantan 188, Khalisa Azman; Pengarah JKM Pahang, Khairul Amri Ahmad bersama isteri dan pengetua Sekolah Menengah (Pendidikan Khas) Vokasional Kuantan, Najib Muhamad.

Abdul Jamil memaklumkan, semua warga OKU penglihatan diraikan dan dihidangkan dengan pelbagai menu istimewa selain dibawa merasai pengalaman di menara anjung Kuantan 188.

“Pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Utara Malaysia dan beberapa lagi institusi pengajian tinggi (IPT) yang sedang menjalani latihan industri bersama kami, diberi peranan meraikan dan melayan kumpulan OKU yang mengikuti majlis berkenaan.

“Kita sangat berharap usaha ini dapat meninggalkan kenangan tersendiri kepada semua OKU penglihatan yang dapat turut serta dalam majlis kali ini,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah