RH Group raikan ulang tahun ke-50, kukuh sumbangan ekonomi negara

SIBU – Rimbunan Hijau (RH) Group meraikan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhannya dengan penuh gemilang menerusi majlis bertemakan A Night of Gratitude and Celebration yang berlangsung di Dataran Tuanku Bujang, Sibu pada Isnin malam.

Majlis yang penuh warna-warni itu turut menyaksikan pengiktirafan terhadap peranan RH Group dalam memperkukuh pembangunan ekonomi Sibu, Sarawak dan negara secara keseluruhannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sumbangan RH Group sepanjang lima dekad ini amat besar dan memberi impak hingga ke peringkat global.

“Selama 50 tahun yang lalu, RH Group mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat terkemuka, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa,” katanya.

RH Group ditubuhkan pada 13 Mei 1975 oleh mendiang Tan Sri Tiong Hiew King dan kini terus berkembang pesat di bawah kepimpinan Pengarah Urusan, Datuk Tiong Thai King.

Syarikat itu mengendalikan pelbagai operasi dalam sektor perladangan, media, hospitaliti dan pembangunan hartanah, menjadikan ia antara pemain penting dalam landskap ekonomi negara.

Acara malam itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah serta pertunjukan kebudayaan termasuk tarian singa.

Kemuncak sambutan pula menyaksikan pertunjukan 330 buah dron yang buat pertama kalinya menerangi langit Sibu, diikuti bunga api berirama selama 13 minit hasil sentuhan koreografi tiga bakat muda tempatan.

“Kejayaan ini mencerminkan sinergi antara inovasi teknologi dan bakat tempatan sekali gus menunjukkan potensi besar generasi muda Sibu,” ujar Nancy yang turut menyatakan sokongan pencalonan persembahan itu ke dalam Malaysia Book of Records.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Thai King atas visi dan kepimpinan beliau dalam menerajui RH Group ke arah kecemerlangan berterusan.

“Sebagai rakan sejawat saya di Parlimen sehingga 2013, saya yakin RH Group akan terus mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya.

Nancy turut menyampaikan penghargaan kepada semua warga kerja RH Group yang berdedikasi dan komited dalam mengharungi pelbagai cabaran demi memastikan syarikat terus unggul di persada industri.

“Saya berharap RH Group akan terus menjadi rakan pembangunan yang strategik serta menyumbang secara signifikan kepada kemajuan negara,” tambahnya.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah