
PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kehadiran Datuk Seri Rafizi Ramli pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR malam tadi, walaupun sedang bercuti panjang.
Anwar berkata, perbincangan beliau dan Rafizi menjurus ke arah keputusan pemilihan cabang.
“Semalam hadir… kita bincang keputusan… (semuanya) baik Alhamdulillah,” katanya selepas program Temu Anwar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), hari ini.
Terdahulu, Rafizi mengambil cuti rehat mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi PKR terutamanya menjelang proses pencalonan bagi Pemilihan PKR 2025.
Namun, Perdana menegaskan tindakan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwa mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu.
Sebaliknya Perdana Menteri berkata, cuti dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanyalah beberapa hari, bukan sehingga hujung bulan.



