Saman fitnah Fahmi terhadap Papagomo, dua individu lain dibicara 2 Oktober

KES saman fitnah yang difailkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil terhadap tiga individu termasuk blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri akan dibicarakan pada 2 Oktober depan.

Tarikh perbicaraan itu ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Roz Mawar Rozain yang turut membenarkan permohonan supaya ketiga-tiga saman dibicarakan bersama.

“Mahkamah menetapkan 2 dan 3 Oktober untuk perbicaraan,” kata Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi selaku plaintif ketika ditemui di luar mahkamah, hari ini.

Pada 5 September 2023, Fahmi memfailkan saman secara berasingan terhadap Wan Muhammad Azri; penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani dan pemilik akaun Facebook ‘N13 Kuang’, Mohd Fauzan Madzlan selaku defendan.

Ia berhubung dakwaan kononnya Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

Prosiding berkenaan turut dihadiri peguam, Mohammed Zamri Ibrahim yang mewakili Mohd Fauzan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa beliau menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Sultan Selangor.

Fahmi mendakwa kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai 2023, manakala di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos tahun sama.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat