Tak letak calon lawan DAP, Pas amal politik songsang

BATU PAHAT – Keputusan Pas untuk tidak meletakkan calon di kerusi yang ditandingi DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mempamerkan parti itu sedang mengamalkan politik songsang yang sudah jauh terpesong dan bercanggah dengan prinsip perjuangannya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Pas ketika ini sedang menggunakan calon Barisan Nasional (BN) sebagai proksi untuk berdepan DAP, berbanding menguji kekuatan sendiri di gelanggang pilihan raya.

Menurut beliau, parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang terbukti sanggup mengenepikan prinsip demi mencapai matlamat politik jangka pendek apabila Pas menggesa penyokongnya mengundi calon BN walaupun sebelum ini mempunyai kerjasama politik dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN).

“Pas ini setiap hari cakap nak lawan DAP tapi dia kerusi DAP, dia tak lawan. Jadi dia pakai proksi untuk lawan kita. Inilah cara politik Pas. Saya harap pengundi-pengundi Melayu pun lihat betapa tidak ada prinsipnya Pas ini.

“Dia berkawan dengan Bersatu, tetapi minta orang sokong Barisan Nasional (BN). Ini apa punya politik? Ini dah jadi politik songsang,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) selepas Ceramah Pakatan Harapan (PH) DUN Penggaram di Miao Huang Restoran, pada Selasa.

Hadir sama, Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Felicia Poh Rui Ling.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, tindakan Pas dan Bersatu tidak meletakkan calon di beberapa kerusi DAP bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya merupakan strategi politik yang disusun bagi memusatkan undi penyokong dua parti tersebut kepada calon MCA untuk menewaskan calon PH.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan, strategi itu dibuat kerana kedua-dua parti berkenaan menyedari peluang untuk memenangi kerusi campuran di Johor adalah tipis sekiranya mereka meletakkan calon sendiri.

“Kita tahu bahawa mereka ada niat mereka untuk mengalahkan DAP kerana banyak kerusi di Johor ini adalah kerusi campuran. Sekiranya mereka tidak bertanding, dia punya strategi ialah untuk memusatkan undi-undi daripada ahli-ahli mereka kepada calon BN yakni MCA untuk memenangkan MCA dan mengalahkan calon DAP. Ini strategi mereka kita tahu.

“Kerana mereka tahu bahawa di kerusi-kerusi (ditandingi DAP)itu, kalau mereka letak calon, mereka tak dapat menang tetapi mereka akan tarik undi sebahagiannya dan sekarang ini, dia (Pas) rasa bahawa undi-undi itu akan berbalik kepada calon BN,”katanya.

Tambahnya, DAP memahami percaturan politik berkenaan dan akan memberi penerangan kepada penyokong serta pengundi supaya tidak terpengaruh dengan strategi yang dirangka oleh pihak lawan dalam mewujudkan persepsi negatif terhadap PH.

“Sehubugan itu, sudah tentu, kita nak menyedarkan pengundi-pengundi kita bahawa ini strategi mereka. Dan kalau kita nak mengekalkan kedudukan kita dan kursi itu tetap dimenangi oleh PH, yang paling penting ialah peratusan mengundi mesti tinggi,” katanya.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

Tak letak calon lawan DAP, Pas amal politik songsang

Tak letak calon lawan DAP, Pas amal politik songsang

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor

BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor