Terus bekerja demi negara stabil, sejahtera

SELEPAS menamatkan persekolahan peringkat menengah, ada antara kita mula mencari rezeki.

Dan, ada juga meneruskan pengajian ke peringkat universiti atau pusat pengajian tinggi atau institusi kemahiran tertentu selepas sekolah menengah.

Kemudiannya baru mereka memasuki alam pekerjaan.

Tidak kurang juga yang tidak menghabiskan persekolahan dan menyertai pasaran pekerjaan lebih awal lagi atas pelbagai faktor.

Antara faktor itu adalah kesempitan keluarga dan ingin meringankan beban orang tua mereka.

Tidak kisah anda di bahagian mana, yang bersekolah sampai habis atau bekerja lebih awal, sebab kita semua adalah pekerja.

Pasaran pekerjaan di Malaysia bertambah baik dengan kadar gaji yang makin menarik serta kompetitif.

Jumlah pengangguran menunjukkan penurunan setakat Februari lalu – sebanyak 3.1 peratus – kadar terendah untuk 10 tahun terkebelakang.

Begitu juga dengan jumlah orang bekerja meningkat daripada 16.9 juta (2023) kepada 17.3 juta hujung tahun lalu.

Rekod dan data juga menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh negara melonjak kepada 70.6 peratus.

Bagi tenaga buruh wanita pula, jumlahnya sudah mencecah 56.8 peratus.

Paling utama adalah kadar kebolehpasaran lepasan TVET meningkat ketara kepada 94 peratus susulan kesungguhan kerajaan MADANI mempromosikan aliran itu.

Dana keselamatan pekerja dikendalikan Perkeso turut memperlihatkan peningkatan pencarum dan kini seramai 9.9 juta pekerja sektor formal mencarum ke situ.

Kumpulan pekerja yang bekerja sendiri tapi mencarum dalam Perkeso turut bertambah daripada 700,000 (2023) kepada 900,000 tahun lalu.

Peningkatan sama turut direkodkan dalam skim i-Suri yang disediakan khas untuk suri rumah.

Tahun 2023, jumlah pencarum i-Suri seramai 200,000 dan tahun lalu, jumlahnya meningkat kepada 500,000.

Selain pelbagai inisiatif dan usaha berterusan kerajaan menjadikan golongan pekerja di Malaysia memperoleh pendapatan bermaruah, sudah tentu paling penting adalah kebajikan mereka tidak diabaikan.

Strategi berterusan ini menyaksikan buat kali pertama dalam sejarah apabila nilai gaji pertengahan (penengah) diterima pekerja di negara ini melepasi nilai ambang RM3,000.

Dan, semestinya kita berharap lebih banyak lagi diterima warga pekerja di Malaysia pada tahun mendatang.

Selamat Hari Pekerja, kita semua adalah pekerja dan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’.

Related Posts

Pendaratan ikan Terengganu: Peruntukan besar belum menjawab soal hasil

ISU bot nelayan Terengganu yang menangkap ikan di perairan negeri tetapi mendaratkan hasil di Kelantan atau Pahang kembali menimbulkan persoalan tentang keberkesanan usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah infrastruktur perikanan. Penjelasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadi seru perpaduan, tetapi hujah politiknya perlu dibuktikan

TULISAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk “Perpaduan Ummah Melayu Memimpin Malaysia” mengangkat mesej yang mudah diterima: Umat Islam perlu bersatu, pemimpin wajib amanah dan keadilan mesti diberikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017