Catat kadar pengangguran 2.2 peratus pada 2024, Pulau Pinang terus jadi lubuk rezeki

GEORGETOWN – Pulau Pinang mencatatkan kadar pengangguran serendah 2.2 peratus bagi suku keempat tahun 2024, sekali gus menunjukkan pasaran buruh negeri itu kekal kukuh dan semakin optimis.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, angka itu berdasarkan dapatan Survei Tenaga Buruh (STB) yang turut merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) Pulau Pinang pada tahap 73.2 peratus.

“Ini membuktikan keyakinan orang ramai terhadap pasaran buruh semakin meningkat dan mendorong mereka untuk aktif mencari pekerjaan.

“Kerajaan negeri akan terus komited memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja melalui dasar-dasar yang inklusif serta pelbagai program latihan kemahiran yang dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi,” katanya dalam perutusan sempena Hari Pekerja hari ini.

Kon Yeow menambah, tema Hari Pekerja tahun ini iaitu ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ amat bertepatan dengan realiti bahawa para pekerja merupakan asas kepada kemajuan sesebuah bangsa yang inklusif dan berdaya tahan.

“Sebagai lubuk rezeki yang turut menarik tenaga kerja dari negeri-negeri jiran, Pulau Pinang terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya dalam sektor elektronik dan semikonduktor.

“Pulau Pinang telah mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi perdagangan antarabangsa terkemuka dengan jumlah pelaburan pembuatan yang diluluskan pada tahun 2024 bernilai RM17.3 bilion, melibatkan 182 projek serta mewujudkan hampir 16,254 peluang pekerjaan.

“Seiring pertumbuhan ekonomi mampan dan prestasi pelaburan yang menggalakkan, pembangunan sektor digital, hijau dan teknologi pintar akan terus menjadi tumpuan kerajaan negeri bagi memastikan para pekerja kekal relevan dan berdaya saing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta semua majikan agar mengekalkan hubungan harmoni dan adil bersama para pekerja kerana kejayaan jangka panjang sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada keuntungan semata-mata.

“Ia turut melibatkan kesejahteraan dan kebahagiaan tenaga kerja.

“Marilah kita berganding bahu memperkukuh semangat muafakat demi masa depan lebih cerah untuk seluruh pekerja di negeri ini,” katanya.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka