Rafidah dituntut mohon maaf, bayar ganti rugi RM300,000 kepada Khalid

RAFIDAH Ibrahim dituntut membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik tuduhan yang didakwa memfitnah Khalid Samad berkait isu projek pembangunan Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur.

Pempengaruh media sosial itu juga dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 terhadap Khalid atas penyiaran semua pernyataan yang disifatkan satu penfitnahan di media sosial.

Khalid yang merupakan bekas menteri Wilayah Persekutuan berkata, surat tuntutan (LOD) telah diserahkan kepada Rafidah melalui alamat rumah sewanya.

“Saya saman dia bukan kerana dia nak perjuangkan hak rakyat, tetapi kerana dia fitnah saya dengan tuduhan-tuduhan yang tak ada kena mengena pun dengan isu yang sedang dibahaskan, seperti soal pampasan atau status tanah itu.

“Tak tahu macam mana dia melencong terus kepada tuduhan bahawa saya nak mansuhkan (status) rezab Melayu di seluruh kawasan Kampung Baru, bukan sekadar Kampung Sungai Baru.

“Ia merupakan satu keterlanjuran dan saya buat keputusan untuk saman dia,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu pada 17 April lalu, Khalid menyatakan hasratnya untuk memfailkan tuntutan kepada Rafidah kerana beliau terpaksa mengambil tindakan itu berikutan dakwaan Rafidah itu merupakan tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.

Rafidah mendakwa Khalid berniat memansuhkan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) serta mahu menghapuskan tanah rizab Melayu bukan sahaja di Kampung Sungai Baru, tetapi di seluruh Kampung Baru.

Bagaimanapun Rafidah menyifatkan kelantangannya berhubung isu tersebut kerana ingin mempertahankan haknya dan mereka yang senasib, namun malang apabila ada pihak yang cuba mendiamkannya.

“Saya tegaskan apa yang saya pertahankan ini adalah kampung saya sendiri, iaitu saya sebagai penduduk dan saya sebagai rakyat,” katanya.

Sementara itu dalam LOD yang disediakan Tetuan Hisham Fauzi & Associates itu, Rafidah diberi tempoh selama 14 hari untuk memberi respons.

“Berdasarkan peruntukan perundangan terkini, pihak puan (Rafidah) selaku pemilik akaun TikTok tersebut adalah bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif daripada pengguna lain terhadap anak guam kami kerana pihak puan membuka ruang atau platform yang mengundang komen-komen negatif.

“Kami diarahkan oleh anak guam bahawa pihak puan telah menyebabkan berita tidak benar dan bersifat fitnah tersebut dengan tersebarnya pernyataan yang dimuat naik di akaun TikTok itu tersebut ke seluruh Malaysia khasnya yang boleh diakses tanpa sebarang sekatan,” menurut LOD tersebut.

Related Posts

Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan menilai semula kekerapan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sekiranya jumlah penumpang menunjukkan peningkatan sepanjang bulan pertama operasi. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zambry naik LRT3 ke UiTM Shah Alam, tinjau kemudahan baharu permudah mobiliti pelajar

SHAH ALAM – Kemudahan baharu Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bukan sahaja memudahkan orang ramai, malah memberi impak besar kepada ribuan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang bergantung kepada pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil