Slogan #MoveMunchBalance galak gaya hidup sihat dalam kalangan warga UMS

KOTA KINABALU – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan kempen FSSK x ANMS dengan slogan #MoveMunchBalance bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus, khususnya pelajar.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, amalan gaya hidup sihat amat penting untuk mengurangkan ketidakhadiran dalam kalangan kakitangan dan pelajar, serta mengekalkan tahap produktiviti.

“Bagi mengurangkan kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat di UMS, warga kampus perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan aktiviti rekreasi sekurang-kurangnya satu jam sehari.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga menggalakkan berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah sehari.

“Di UMS, kita ada program ‘Walk and Talk’ setiap petang Rabu yang memberi ruang kepada pensyarah, staf dan pelajar untuk berbincang sambil berjalan, dan saya berharap ia dapat diteruskan,” katanya ketika merasmikan kempen tersebut di sini, pada Rabu.

Tambah beliau, kampus UMS menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk aktiviti fizikal, termasuk laluan khas berjalan kaki yang baru dibuka.

Beliau turut memuji kerjasama strategik antara UMS dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menerusi Bahagian Promosi Kesihatan, yang menurutnya wajar diperluas ke kampus cawangan UMS di Labuan dan Sandakan.

Majlis perasmian turut disertai lebih 200 pelajar FSSK, dengan Profesor Dr. Kasim menyertai sesi senaman ringan bersama para pelajar sebelum melepaskan mereka menyertai aktiviti berjalan kaki sejauh 10,000 langkah.

Sementara itu, Ketua Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan (C4D) UMS-UNICEF, Dr. Latif Lai menjelaskan makna slogan #MoveMunchBalance yang menjadi tunjang utama kempen iaitu ‘Move’ merujuk kepada keperluan melakukan senaman sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, ‘Munch’ pula merangkumi tabiat pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

“Manakala ‘Balance’ merujuk kepada amalan Pinggan Sihat Malaysia yang menyarankan separuh pinggan terdiri daripada sayur dan buah, dan suku masing-masing untuk karbohidrat dan protein,” katanya.

Kempen yang berlangsung selama enam bulan ini akan melibatkan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan warga UMS mengamalkan gaya hidup sihat berdasarkan prinsip #MoveMunchBalance secara berterusan.

Related Posts

Pameran Hari Malaysia 2026 papar lima segmen utama sejarah pembentukan negara

KUCHING – Pameran Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Atrium Utama, Plaza Merdeka bermula Khamis tampil membawa pengunjung menelusuri sejarah pembentukan negara menerusi konsep Koridor Zaman Pembentukan Malaysia.   Pameran yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pameran Hari Malaysia 2026 platform penting tangkis manipulasi fakta sejarah

KUCHING – Penganjuran Pameran Hari Malaysia 2026 disifatkan sebagai satu platform penting bagi menangkis kekeliruan masyarakat berhubung fakta sejarah pembentukan negara yang sering dimanipulasi di media sosial.   Timbalan Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pameran Hari Malaysia 2026 papar lima segmen utama sejarah pembentukan negara

Pameran Hari Malaysia 2026 papar lima segmen utama sejarah pembentukan negara

Pameran Hari Malaysia 2026 platform penting tangkis manipulasi fakta sejarah

Pameran Hari Malaysia 2026 platform penting tangkis manipulasi fakta sejarah

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh