Sistem perparitan tidak sempurna undang banjir kilat

ALOR SETAR – Penduduk di Taman Wira di sini kecewa dengan sistem perparitan di kawasan itu yang tidak diselenggara dengan baik.

Kegagalan pihak berkuasa tempatan menyelenggarakan peparitan di kawasan itu menyebabkan pelbagai masalah timbul kepada penduduk di situ.

Menurut Nor Faizal Hafiq, 40, berkata, setiap kali hujan lebat lebih dua jam pasti akan berlakunya banjir kilat.

Katanya, masalah ini sudah lama berlaku dan penduduk sudah lali, tetapi mereka bimbang banjir kilat turut menyebabkan kemalangan, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya dan penduduk.

“Masalah itu kerap dihadapi penduduk blok B dan E namun kejadian banjir kilat itu tidak masuk sehingga ke dalam rumah.

“Air longkang di hadapan perumahan ini penuh dengan sampah-sarap yang menyebabkan ia tersumbat.

“Apabila hujan lebat, air longkang akan penuh dan turut melimpah ke atas jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan dan kemalangan.

“Jalan raya di hadapan Taman Wira ini adalah laluan utama ke Terminal Bas Shahab Perdana selain ke pusat bandar,” katanya .

Nor Faizal Hafiq berkata, banjir akan surut semula kira-kira empat atau lima jam kemudian namun sepanjang tempoh itu, jalan raya dipenuhi air antara 0.2 atau 0.3 meter.

Katanya, terbaru kejadian banjir kilat yang berlaku beberapa hari sebelum Aidilfitri yang menyebabkan penduduk di blok yang terjejas dinaiki air di halaman rumah.

“Kalau penduduk di sini dah biasa dengan masalah ini tetapi pengguna jalan raya terutamanya pemandu kereta atau motosikal yang tidak biasa melalui jalan ini pernah terbabas kerana pembahagi jalan ditenggelami air.

“Kawasan ini pula kerap berlaku kemalangan, kalau hujan lebat dan banjir kilat berlaku, sudah tentu membahayakan semua pihak,” katanya.

Jelasnya lagi, penduduk di situ lega apabila dimaklumkan akan ada projek untuk menaik taraf kawasan perumahan itu untuk mengatasi masalah banjir kilat di situ.

Menurutnya, hanya dua blok di kawasan itu yang terjejas dengan kejadian terbabit.

Husin Ahmad, 71, pula berkata, rumahnya di Blok A Taman Wira itu kerap dinaiki air, tetapi hanya di halaman rumah saja.

“Kalau hujan lebat lebih dua jam, memang air longkang ini akan melimpah.

“Bila air surut, sampah sarap yang dibawa air longkang itu penuh di halaman rumah dan kami terpaksa membersihkannya,” katanya.

Husin juga berkata, dia yang sudah menetap lebih 10 tahun di kawasan perumahan berkenaan sebelum ini sudah membuat penambakan di bahagian depan rumah supaya tinggi dan air tidak masuk ke dalam rumah.

Sementara itu, tinjauan TMP mendapati banyak sampah di dalam saliran dan air pula kehitaman.

Saliran yang tidak sempurna itu menyebabkan air bertakung hingga boleh membiak nyamuk dan berbau busuk .

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes dnggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

Kes dnggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial