Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lawas

LAWAS – Seorang lelaki warga Indonesia maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal di Kampung Meragang, Bypass Merapok pada pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.16 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Nurdin disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala pembonceng motosikal, Ilham, juga warga Indonesia, mengalami kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang membawa lima sekeluarga, sebuah Honda City yang dipandu seorang wanita, serta motosikal yang dinaiki dua lelaki dewasa.

“Mangsa lelaki Mohd Fadzli Ramli, mengalami kecederaan di bahu dan telah dihantar ke hospital oleh unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) Bomba. Isterinya, Norizan, serta tiga anak mereka, Dhiya, Kayla dan Faeq, dilaporkan selamat.

“Mangsa kedua iaitu Farah Nasrin Ramli, turut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas yang diketuai PBK II Mursen bin Timol digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Operasi menyelamat melibatkan pengeluaran mangsa dari kenderaan menggunakan stretcher sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba. Pasukan turut melakukan kerja-kerja pembersihan (flushing) di lokasi kejadian bagi memastikan jalan selamat untuk pengguna lain,” katanya.

Turut berada di lokasi ialah enam anggota polis dan empat pegawai KKM yang membantu dalam operasi menyelamat dan menguruskan mangsa.

Related Posts

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

KUANTAN – Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan hampir RM100,000 bagi melaksanakan kajian menyeluruh terhadap sistem perkhidmatan bas di bandar raya Kuantan. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

KUCHING – Kontinjen Sarawak diseru mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor, sekali gus membuktikan kemampuan sebenar atlet negeri itu di luar halaman sendiri. Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang