Jangan heret anak muda dalam kancah politik sempit

DATUK Seri Anwar Ibrahim menasihati semua pihak agar tidak mengheret golongan muda di negara ini ke dalam pergeseran politik sempit dan perbalahan antara kaum.

Perdana Menteri menegaskan, anak muda perlu diberi peluang membangunkan diri melalui penguasaan pelbagai kemahiran relevan dengan keperluan masa depan.

Menurutnya, fokus utama harus diberikan kepada bidang seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembangunan digital serta kecerdasan buatan (AI).

“Jangan heret anak muda untuk berbincang isu yang melemahkan kita. Kita perlu bangunkan kekuatan mereka, bina negara ini, dan fikirkan masa depan rakyat serta anak muda kita untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Adakah kita mahu terus bergaduh soal kaum dan tafsiran atau kita mahu angkat martabat negara supaya menjadi sebahagian daripada negara maju yang mampu menangani ujian semasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Negeri Perlis, semalam.

Anwar turut menjelaskan kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan anak muda dapat berkembang dengan cemerlang.

Hal itu dilakukan melalui pemberian peruntukan terbesar melalui Belanjawan MADANI bagi sektor pendidikan.

“Langkah ini adalah untuk melahirkan generasi cemerlang dalam pelbagai bidang, sekali gus mengangkat martabat negara ke peringkat tertinggi di rantau Asia,” tambahnya.

Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Madani komited untuk memastikan anak muda tidak terjebak dalam isu yang memecahbelahkan, sebaliknya diberi peluang untuk membangunkan diri melalui pendidikan dan kemahiran.

Related Posts

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

SEGAMAT – Menarik lebih banyak pelaburan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis bagi membuka peluang pekerjaan kepada anak muda menjadi tekad utama calon Pakatan Harapan (PH), Jalex Lee En Xiang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

SUNGAI BALANG – Calon Pakatan Harapan (PH), Soraya Badaruddin menggariskan lima tekad utama sebagai komitmen untuk membawa pembangunan yang lebih menyeluruh, mampan dan berdaya saing demi meningkatkan taraf hidup rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil