UPNP berjaya bongkar kegiatan lombong emas haram

KUANTAN – Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) membongkar kegiatan melombong emas secara haram di Kampung Temin, dekat Lipis, kelmarin.

Operasi itu dilakukan skuad elit UPNP kira-kira jam 2 petang dan berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia, manakala empat yang lain berjaya meloloskan diri.

Ketika serbuan, suspek sedang melakukan aktiviti melombong di kawasan terbabit dengan menggunakan peralatan seperti jengkaut, palong dan pam air.

Ketua UPNP, Saifullah Muhammad Ali mengesahkan ketika serbuan lelaki warga asing ditahan itu sedang mencuci palong yang digunakan untuk menapis mineral disyaki emas.

“Empat rakannya berada di lokasi melarikan diri dan pihak kami menyita peralatan digunakan untuk aktiviti itu.

“Semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian Pahang mendapati kegiatan melombong itu tidak mendapat kebenaran atau permit pihak berkuasa negeri,” katanya.

Saifullah berkata, lelaki yang ditahan itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang kerana melombong tanpa kebenaran.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

SEMPORNA – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Mentelitip Pegagau, Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Khamis. Ketua Balai Bomba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini