Penunggang motosikal diingatkan patuhi peraturan, elak kemalangan

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan semua penunggang motosikal agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan diri serta pengguna lain.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pelbagai kesalahan sering dilakukan penunggang motosikal termasuk menunggang secara melulu, melawan arus dan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

“Kesalahan seperti ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang ialah menunggang secara melulu dan berbahaya di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020), dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM15,000 bagi kesalahan kali pertama.

Selain itu, kesalahan seperti melanggar lampu isyarat merah, memotong garisan berkembar, memecut di lorong kecemasan, potong barisan (potong Q) dan melakukan pusingan U di tempat tidak dibenarkan turut boleh dikenakan denda antara RM150 hingga RM2,000 atau penjara bergantung kepada kesalahan.

“Saya menyeru agar semua pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, agar sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab.

“Patuhi undang-undang demi keselamatan bersama,” tegasnya.

Related Posts

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mensasarkan semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di negeri ini menerima penarafan Zon Halal tidak lama lagi. Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas