Pelaburan asing bawa hasil, 700 peluang kerja menanti anak Sabah

KOTA KINABALU – Usaha berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menarik pelabur asing membuahkan hasil apabila pembinaan kilang Kibing di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) membuka 700 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelaburan strategik seperti ini bukan sahaja merangsang pertumbuhan ekonomi negeri, malah secara langsung memberi manfaat kepada rakyat Sabah melalui penyediaan peluang pekerjaan.

“Saya dimaklumkan bahawa pihak syarikat akan mengambil seramai 700 pekerja baharu, khususnya dalam kalangan anak-anak tempatan yang layak.

“Kita galakkan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di KKIP, tetapi juga di Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGIP), selain mencadangkan tiga lagi taman perindustrian baharu termasuk taman perindustrian ekonomi biru di Kudat.

“Semuanya ini adalah untuk rakyat dan masa depan negeri Sabah,” katanya ketika ditemui media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri bersama warga kerja Syarikat Kumpulan Kibing di KKIP, pada Jumaat.

Menurut beliau, kempen pengambilan pekerja oleh Kumpulan Kibing akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dari 13 hingga 23 Mei ini di beberapa daerah termasuk Ranau, Tuaran, Beaufort, Papar, Kota Kinabalu dan Penampang.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada pasukan pentadbiran kerajaan negeri khususnya Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe atas usaha agresif menarik pelabur ke Sabah.

Sementara itu, Phoong berkata, SBH Kibing Solar New Energy (M) Sdn Bhd kini sedang menyiapkan talian pengeluaran ketiga di kilangnya yang telah mencapai 70 peratus kemajuan.

“Apabila siap hujung tahun ini, kilang tersebut dijangka mewujudkan sehingga 2,300 peluang pekerjaan, termasuk tambahan 700 pekerja.

“Syarikat ini juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengembangkan pelaburannya ke fasa kedua di Kimanis.

“Selain mencipta peluang kerja, lebih 600 syarikat tempatan turut terlibat dalam rantaian bekalan mereka tahun lalu, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi domestik,” katanya.

Related Posts

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mensasarkan semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di negeri ini menerima penarafan Zon Halal tidak lama lagi. Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas