Waze, keselamatan negara & data

MALAYSIA adalah sebuah negara kecil, tetapi mempunyai pengaruh yang tak dapat di sangkal di pentas dunia. Negara ini konsisten menolak untuk mengiktiraf Israheel sebagai sebuah negara berdaulat.

Berkenaan dengan isu Waze, kerajaan memutuskan untuk MELARANG PENJAWAT AWAM daripada menggunakan aplikasi tersebut, dan MENGGALAKKAN yang bukan penjawat awam untuk turut sama tidak menggunakannya. Fahami.

Mengapa ianya dimulakan dengan larangan penggunaan oleh penjawat awam? Kena faham, penjawat awam ni ada pelbagai skim dan sektor, ada skim yang bertugas untuk sektor yang sangat kritikal seperti keselamatan strategik.

Bahkan ada penjawatan awam yang orang awam tak pernah tahu pun ianya wujud. Kekosongan jawatan tidak pernah diiklankan langsung.

Analoginya begini, bayangkan jika ada penjawat awam sektor krtikal dan strategik yang cuai (allow location and all acess 24/7) memetakan laluan mereka tanpa sedar, kemudian data itu dikumpul, dianalisis dan diterjemah kepada pemetaan sebenar.

Semua ini terlalu bahaya kepada keselamatan dan kedaulatan negara. Israel mempunyai ejen perisikan di seluruh dunia. Satu arahan daripada Tel Aviv, dengan data dan maklumat lengkap, mimpi ngeri kepada negara sasaran.

Perkara ini bukan baharu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Kor Semboyan pernah mencadangkan perkara ini (aplikasi Waze dan aplikasi pengumpulan data) sejak tahun 2020 lagi jika tidak silap.

Keselamatan negara adalah mutlak tanggungjawab kita bersama. Tidak ada kompromi, negara ini tidak ada gantinya.

Pengunaan aplikasi TUJU setakat yang saya fahami adalah bukan mandatori, namun ini adalah permulaan besar untuk kita membina ekosistem negara digital dan pemetaan kita sendiri. Tanpa langkah pertama, jangan bermimpi untuk sampai ke tujuan. Kita mula, kita usaha dan kita perbaiki.

Tak nak guna TUJU? Ada banyak lagi alternatif lain, seperti Google Maps, Pintaz, Here WeGo, Apple Maps dan beberapa yang lainnya. Mungkin ada yang tidak biasa menggunakannya, namun alah bisa tegal biasa. Lama-lama nanti akan terbiasa.

Secara peribadi, saya menyokong usaha pembangunan sistem tempatan, ya belum sempurna, tetapi kita telah bermula. Kita jaga negara kita.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

KUANTAN – Harga tiket bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditetapkan pada kadar bersesuaian dan mampu milik, termasuk golongan berpendapatan rendah (B40). Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mungkin membuat pengumuman pada Jumaat, namun sama ada perkara itu berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok