Jangan uji ketegasan kerajaan Pahang, kata Wan Rosdy

KUANTAN – Kerajaan Pahang memberi amaran keras supaya tidak mencabar ketegasan pentadbiran negeri dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah milik kerajaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencerobohan tanah secara haram bukanlah perkara baharu, sebaliknya cabaran berterusan yang memberi kesan langsung terhadap sumber hasil negeri, kelestarian alam sekitar dan keadilan sosial.

Jesteru, Kerajaan Pahang tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan kerana tindakan itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mencabuli kedaulatan dan maruah pentadbiran negeri.

“Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan, ugutan atau helah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, sama ada individu mahu pun kumpulan.

“Saya memberi amaran keras, jangan cabar ketegasan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri bersama agensi penguatkuasaan akan terus memperhebat operasi pemantauan, penguatkuasaan dan tindakan undang-undang,” katanya ketika sesi pengulungan perbahasan usul titah Diraja Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Wan Rosdy memaklumkan, tindakan tegas juga diambil termasuk menubuhkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 15 Oktober 2019 bagi memastikan penguatkuasaan dilakukan secara berterusan dan terancang.

Katanya, sejak penubuhan unit tersebut, sebanyak 23 operasi penguatkuasaan dijalankan membabitkan kawasan seluas 3,366 ekar atau 1,362 hektar.

“Lima lagi operasi tambahan telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tahun ini,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan