Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang buat fitnah, mohon maaf pada Rayer di mahkamah

PULAU PINANG – Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff membuat permohonan maaf di mahkamah kepada RSN Rayer, berhubung kenyataannya pada tahun 2023 yang mendakwa Ahli Parlimen Jelutong itu menyatakan DAP boleh bertahan tanpa sokongan pengundi Melayu dan India.

Menurut Fauzi, beliau mengakui kenyataan tersebut adalah berasaskan maklumat yang diperolehnya daripada beberapa individu susulan kejadian kebakaran di Solok Sungai Pinang pada 6 Jun 2023.

“Saya melakukan kesilapan dengan bergantung pada maklumat lisan yang tidak disahkan daripada individu yang sedang emosi pada masa itu.

“Saya gagal mengesahkan fakta dengan penduduk atau orang awam, yang membawa kepada kefahaman yang tidak tepat tentang kejadian itu,” katanya

Jelas Fauzi, permohonan maaf itu dibuat bagi menyelesaikan isu tersebut secara muktamad agar semua pihak dapat menumpukan perhatian kepada perkara lebih penting seperti pembangunan negara dan kebajikan rakyat, khususnya di Pulau Pinang.

“Untuk mengelakkan perkara ini berlarutan, saya memohon maaf secara ikhlas dan tanpa syarat kepada plaintif. Saya juga menarik balik sepenuhnya kenyataan yang dibuat,” katanya.

Terdahulu, Rayer memfailkan saman fitnah terhadap Fauzi susulan dakwaan yang dibuat dalam satu ceramah yang disiarkan secara langsung di laman Facebook pemimpin Pas itu.

Dalam ceramah itu, Fauzi mendakwa Rayer marah kerana mangsa kebakaran di Solok Sungai Panjang diziarahi terlebih dahulu oleh wakil Pas, dan kemudiannya menuduh Rayer menyatakan bahawa DAP boleh terus maju tanpa sokongan pengundi Melayu dan India.

Fauzi mendakwa seorang pengundi memberitahunya bahawa Rayer dikatakan marah dengan pengundi Melayu dan India yang menyatakan niat untuk menarik sokongan kepada DAP.

Ketika mengulas permohonan maaf itu, Rayer berkata, beliau gembira kerana kebenaran akhirnya terbukti.

“Saya sangat gembira kerana telah terbukti di mahkamah bahawa saya tidak pernah diskriminasi terhadap sesiapa dalam kerja politik saya. Saya juga membuktikan bahawa DAP tidak pernah diskriminasi terhadap mana-mana kaum,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan