Gugur keahlian jika ahli menang pemilihan sertai parti lain

MESYUARAT Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan dasar di mana seseorang ahli parti selepas menjadi calon Pemilihan dan kemudiannya didapati menjadi ahli parti lain akan digugurkan keanggotaannya.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, ahli yang berbuat demikian akan hilang kelayakan untuk menjadi calon dan terbatal pencalonannya.

“MPP sudah dimaklumkan berkenaan status keanggotaan calon yang bertanding di dalam Pemilihan PKR 2025.

“MPP membuat keputusan dasar di mana seseorang anggota PKR selepas menjadi calon Pemilihan dan kemudiannya didapati menjadi ahli mana-mana parti lain akan di gugurkan keanggotaan serta hilang kelayakan menjadi calon dan pencalonannya terbatal.

“Pengumuman berkaitan nama spesifik akan dibuat Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP),” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Fuziah berkata, MPP juga berjalan lancar dengan semangat ‘comradeship’ dan setiakawan tinggi dalam kalangan ahli.

“Mesyuarat (petang semalam) membincangkan beberapa perkara berhubung isu keanggotaan, disiplin parti, Pemilihan 2025 dan Kongres Nasional 2025.

“MPP mengesahkan berkaitan Kongres Nasional 2025 yang akan berlangsung di Johor Bharu pada 23, 24 dan 25 Mei, dengan 23 Mei ialah tarikh Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Nasional,” katanya.

Beliau berkata, MPP juga memutuskan sebilangan perwakilan yang wajib hadir fizikal daripada kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang di Sabah dan Sarawak boleh menghadiri sebagai perwakilan serta mengundi di pusat undian satelit di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Ini adalah bagi memberi kemudahan kepada perwakilan di Sabah dan Sarawak yang perlu mengundi secara fizikal untuk mengundi serta mengikuti perjalanan Kongres Nasional 2025 melalui jarak jauh di Pusat Satelit.

“Senarai Perwakilan dalam kalangan AJK Cabang dari Sabah dan Sarawak yang akan mengundi secara fizikal di Kongres Nasional akan diumumkan kemudian,” katanya.

Katanya, mesyuarat MPP berakhir dengan sokongan padu ahli MPP ke atas keputusan bersama yang dicapai melalui kepemimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“MPP juga menyatakan sokongan serta juga penghargaan ke atas usaha keras JPP 2025 diketuai Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

“Segala persiapan Kongres Nasional 2025 sedang berjalan lancar dan semua perwakilan yang layak akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Kongres Nasional 2025 dijangka dihadiri kira-kira 10,000 perwakilan dan mengundi secara fizikal, manakala lebih 20,000 perwakilan diunjurkan akan mengundi di atas talian.

Buat pertama kalinya, Kongres Nasional 2025 akan menggunapakai konsep ‘proportionate representation’ untuk perwakilan seperti sudah diluluskan dalam Kongres Khas pada 15 Disember lalu.

Related Posts

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik keputusan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PAKATAN Harapan (PH) dijangka memanfaatkan tempoh lebih setahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bagi mengukuhkan kedudukannya susulan berakhirnya tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor