Pahang rampas 1,082 lot tanah gagal bayar cukai

KUANTAN – Tindakan merampas atau melucut hak terhadap pemilik tanah gagal membayar cukai tanah di Pahang dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebelum tindakan melucut hak dilaksanakan pemilik tanah akan diberikan notis, antaranya untuk membayar tunggakan terlebih dahulu.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 1,082 hak milik tanah dilucut hak oleh pentadbir tanah di seluruh Pahang, manakala jumlah kutipan hasil penalti sebanyak lebih RM1.4 juta.

“Tanah kalau tak bayar cukai pun kita rampas tetapi bagi notis dahulu, maknanya prosedur dan peraturan ditetapkan kita patuhi,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohd Fadzli Mohd Ramly (ADUN Lantikan) yang ingin tahu jumlah hak milik tanah dirampas dan tidak dikembalikan kerana gagal membayar cukai tanah dan jumlah penalti diperoleh kerajaan Pahang.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, pemilik tanah boleh berunding dengan pentadbir tanah jika terdapat isu berbangkit kerana Kerajaan Negeri tidak sewenang-wenangnya akan membatalkan hak milik dan menyerahkannya kepada orang lain.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram