MUIS bakal laksana pembaharuan kadar zakat fitrah tahun depan

KOTA KINABALU – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan memperkenalkan pembaharuan kadar kutipan zakat fitrah bermula Ramadan tahun 2026.

Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad berkata, pembaharuan itu selaras dengan pengumuman oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam.

“Umat Islam menyedari bahawa tidak semua menggunakan jenis beras yang sama.

“Insya-Allah pada bulan Ramadan tahun depan, kita akan memperkenalkan tiga kadar zakat fitrah berdasarkan jenis beras iaitu beras biasa, pertengahan dan mahal,” katanya kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MUIS di sini, pada Rabu.

Tambah beliau, sebanyak RM19 juta telah diagihkan sepanjang tahun sebagai bantuan kepada golongan fakir miskin dan asnaf.

“Alhamdulillah, hasil kutipan zakat daripada umat Islam telah diagihkan semula kepada golongan yang layak menerimanya,” katanya.

Mengulas mengenai jumlah kutipan zakat fitrah tahun ini, beliau memaklumkan bahawa proses audit masih dijalankan, namun anggaran jumlahnya dijangka tidak jauh berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Sekiranya kutipan tidak mencukupi, dana zakat harta akan digunakan bagi menampung keperluan asnaf yang berhak.

“Kebanyakan bantuan zakat kini disalurkan terus ke akaun bank penerima yang disenaraikan sebagai fakir miskin dan asnaf,” jelasnya.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM