MPS sokong usaha promosi laluan warisan Sandakan

SANDAKAN – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menyambut baik inisiatif ‘Sandakan Heritage Trail Committee’ dalam menyediakan sebuah papan tanda berskala besar bagi memperkenalkan laluan warisan Sandakan kepada pelancong.

Presidennya, Walter Kenson berkata, usaha badan bukan kerajaan (NGO) itu bukan sahaja memudahkan pelancong menjejaki lokasi-lokasi bersejarah malah membantu mengangkat semula warisan Sandakan yang berkait rapat dengan sejarah pentadbiran serta tokoh-tokoh penting daerah itu.

“Kita amat menghargai inisiatif ini. Sebagai Presiden MPS, saya mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa kerana menghubungkan tempat-tempat warisan ini agar ia terus dikenali dan dihargai,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, MPS akan bekerjasama rapat untuk memastikan kawasan laluan warisan berkenaan sentiasa bersih, kemas dan selesa demi keselesaan serta keselamatan pengunjung.

Katanya, Sandakan mempunyai potensi pelancongan yang sangat tinggi kerana kekayaan alam semula jadi, sejarah, budaya serta hasil laut dan hutan yang unik.

“Sandakan mempunyai khazanah seperti hutan tropika yang masih terpelihara, nilai sejarah yang tinggi dan lokasi ikonik seperti Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok (SOURC) yang sudah pun terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menyatakan kepelbagaian etnik dan budaya di Sandakan sebagai satu tarikan istimewa kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Mengulas mengenai cadangan penambahan lokasi dalam laluan warisan itu, beliau berkata setakat ini terdapat 10 tapak utama, namun ia berpotensi diperluas sekiranya terdapat lokasi lain yang mempunyai nilai sejarah tinggi.

“Kami akan perbaiki laluan sedia ada dari segi kemudahan dan kebersihan supaya ia lebih menarik dan mudah dikunjungi.

“Jika ada cadangan tambahan yang bersesuaian, kami akan pertimbangkan untuk menghubungkannya dengan laluan sedia ada,” katanya.

Tambahnya lagi, fokus utama kini adalah menjadikan laluan tersebut sebagai produk pelancongan ‘day tour’ di pusat bandar yang boleh menarik lebih ramai pengunjung ke Sandakan.

Sementara itu, Pengasas merangkap Pengerusinya, Lai King Hang berkata, papan tanda tersebut kini memaparkan logo serta maskot rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus memberikan wajah baharu yang lebih segar kepada kawasan berkenaan yang merupakan hasil usaha ‘Sandakan Heritage Trail Committee’.

Beliau berkata, antara penambahbaikan lain ialah pemasangan lampu solar tambahan bagi menerangi papan tanda dan kawasan sekitarnya pada waktu malam.

Katanya, inisiatif ini selari dengan usaha berterusan pihak MPS untuk menceriakan dan menerangi bandar Sandakan, khususnya pada waktu malam bagi menarik lebih ramai pengunjung menikmati suasana malam serta menggalakkan aktiviti ekonomi dan pergerakan penduduk di pusat bandar.

Lai turut menyatakan bahawa pemasangan papan tanda baharu ini sangat bersesuaian dengan sambutan Hari Warisan Sedunia pada 18 April 2025 serta sebagai persediaan awal menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok