Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan ketidaktentuan ekonomi global

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar berikutan sentimen pasaran kekal tertumpu pada ketidaktentuan ekonomi global dan petunjuk bercampur-campur daripada dasar monetari Amerika Syarikat (AS),

Setakat jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat sedikit pada paras 4.3825/4150 berbanding dolar AS, pada Selasa ditutup 4.3835/3905.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Donald Trump telah menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan Fed kerana mencadangkan kemungkinan campur tangan politik dalam usahanya untuk mengimbangi pertumbuhan dan inflasi.

“Kenyataan terbaru Trump yang menyatakan beliau tidak berhasrat untuk menolak Jerome Powell telah menyebabkan indeks ekuiti penanda aras melantun, manakala Indeks Dolar AS (DXY) secara beransur-ansur mencecah ke paras 98 mata,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, semakan terbaru Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk 2025 telah menimbulkan suasana suram terhadap pasaran.

IMF mengurangkan unjuran KDNK AS kepada 1.8 peratus daripada 2.7 peratus dan menunjukkan kemungkinan peningkatan kemelesetan.

“Oleh itu, ringgit mungkin lebih lemah sedikit, memandangkan kenaikan DXY hari ini,” katanya.

Dalam negara, ringgit diniagakan lebih berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0711/0941 daripada 3.1206/1260 ketika ditutup pada Selasa, dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8173/8605 daripada 5.8590/8683 serta mengukuh berbanding euro kepada 4.9755/0123 daripada 5.0423.

Ringgit juga didagangkan bercampur-campur kepada lebih tinggi berbanding mata wang Asean.

Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3357/3610 daripada 3.3523/3579 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.73/7.79 daripada 7.73/7.75,

Ringgit turut mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0397/1508 daripada 13.21930 dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 259.9/261.9 berbanding 259.9/260.5.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat