KPDN, Jakim kerjasama keluarkan produk makanan DNA babi daripada pasaran

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengeluarkan sebarang produk makanan Indonesia yang diimport dari pasaran tempatan jika ia mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya sudah pun berbincang dengan Jakim selepas panggilan semula dikeluarkan ke atas beberapa produk makanan import dari Indonesia selepas mendapati kandungannya diragui

“Sebaik kita dapat maklumat terbabit, kita ada perbincangan dengan Jakim untuk memastikan produk berkenaan dapat dikeluarkan segera dari pasaran kita.

“Jadi kita akan bekerjasama dengan Jakim dan agensi agama peringkat negeri, bersandarkan pengumuman dibuat badan halal Indonesia, kita akan ambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, hari ini.

Pada Selasa, Jakim mengarahkan pengimport yang membawa masuk produk makanan daripada pasaran Indonesia yang mengandungi DNA babi untuk menarik balik produk terbabit daripada pasaran Malaysia.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, arahan itu susulan pengumuman rasmi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia pada Isnin, berhubung penarikan balik produk terbabit.

Senarai produk boleh disemak menerusi https://bpjph.halal.go.id/detail/siaran-pers.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP