Sarawak berpotensi bekal tenaga elektrik hingga 80MW ke Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Sarawak berpotensi membekalkan sehingga 80 megawatt (MW) tenaga elektrik kepada Sabah sebaik sahaja projek grid elektrik di utara Sarawak disiapkan sepenuhnya.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, pembekalan tenaga elektrik itu merupakan sebahagian daripada komitmen Sarawak menerusi Program Pertukaran Tenaga bersama Sabah yang bertujuan memperkukuhkan kerjasama rentas sempadan dalam sektor utiliti elektrik.

“Memang kita telah menandatangani ‘Power Exchange Programme’ dengan Sabah dan pada peringkat awal, kita bersetuju untuk membekalkan 30 megawatt tertakluk kepada siapnya grid di bahagian utara Sarawak.

“Apabila siap nanti, Insha-Allah kita bukan sahaja boleh bekalkan 30MW, malah boleh dipertimbangkan untuk dinaikkan kepada 50MW atau sehingga 80MW bergantung kepada keperluan dan kemampuan grid di pihak Sabah.

“Berdasarkan kemajuan terkini, projek ini sudah berada di peringkat akhir dan kita sasarkan siap sepenuhnya hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Energy Commission of Sabah (ECoS) dengan MUT Sarawak, serta Pelancaran Label ECoS/SIRIM dan Program TVET angkat ECoS bersempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ECoS di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, Selasa.

Julaihi berkata, MoU yang dimeterai bersama ECoS turut memberi manfaat dalam mempercepat dan memudahkan pengiktirafan produk berkaitan elektrik dan gas yang dipasarkan di Sabah dan Sarawak.

“Kita bersetuju bahawa mana-mana perkakas elektrik dan gas yang mempunyai label pengiktirafan seperti SIRIM dan lain-lain yang berkaitan akan diterima pakai di kedua-dua negeri.

“Ini akan memudahkan ‘free flow’ pengiktirafan produk antara Sabah dan Sarawak, tanpa perlu melalui proses berasingan,” katanya.

Jelas beliau, jika sesuatu peralatan sudah diiktiraf di Sabah, ia juga akan diterima di Sarawak dan begitu juga sebaliknya.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini