Jalur Gemilang tanpa bulan sabit cubaan cabar undang-undang negara – KP JKOM

KEBERADAAN bulan sabit pada Jalur Gemilang bukan sekadar elemen rekaan tetapi merupakan lambang agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan simbol perpaduan serta jati diri kebangsaan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, ketiadaan simbol ini memberi implikasi besar terhadap naratif nasional yang ingin dibentuk oleh negara.

“Ia menimbulkan persoalan adakah terdapat usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu. Dalam konteks semiotik, imej merupakan medium komunikasi yang kuat.

“Menghapuskan simbol ini seolah-olah cuba menulis semula identiti negara melalui visual yang memadam akar sejarah bangsa dan bulan sabit adalah merupakan simbol identiti negara dan agama pada Jalur Gemilang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Baru-baru ini media melaporkan terdapat pihak yang terlibat dalam insiden paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit iaitu akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan penganjur ekspo produk bayi bersama salah sebuah pempamernya.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, pengubahan mana-mana elemen pada bendera kebangsaan ini melanggar Akta Bendera Kebangsaan 1963, manakala tindakan yang mencetuskan keresahan agama atau kaum adalah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, menggugurkan simbol rasmi tanpa proses sah ini melanggar peraturan dan berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia serta mampu mencetus persepsi bahawa identiti Malaysia mudah dikompromi.

“Ini bukan kecuaian teknikal semata, tetapi boleh dilihat sebagai cubaan strategik untuk mencabar asas undang-undang negara dan memerlukan tindakan segera dan adil daripada pihak berkuasa, tanpa mengira siapa yang terlibat.

“Keterbukaan dan penjelasan menyeluruh perlu diberikan kepada rakyat bagi menjaga kepercayaan dan integriti institusi negara.

“Rakyat berhak tahu sebab di sebalik pengguguran simbol penting ini, kerana ia bukan sekadar isu teknikal tetapi membawa implikasi mendalam terhadap maruah dan kedaulatan negara,” katanya.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng