PRK Ayer Kuning: Uzur tak halang tunai kewajipan mengundi

BIDOR – “Saya tetap menunaikan tanggungjawab mengundi, walaupun kesihatan kurang mengizinkan.

“Ini adalah kewajipan kita,” kata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Mahamat Udin, 60, selepas selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi pada hari pengundian awal di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3, PGA Bidor, di sini pada Selasa.

Dia yang akan bersara wajib pada September nanti, merupakan antara 476 pengundi secara fizikal melibatkan pegawai, anggota PGA serta pasangan di pusat pengundian terbabit.

Ujarnya, sebelum ini dia hanya mengundi pos namun sejak bertugas di sini, ini kali kedua mengundi secara fizikal.

Bagi Surya Mat, 40, walaupun masih dalam keadaan berpantang, itu bukan alasan untuk tidak melaksanakan kewajipan sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi.

“Saya masih dalam tempoh berpantang 32 hari, tetapi hari ini, saya tetap bersemangat untuk laksanakan kewajipan mengundi.

“Tiada alasan sebab kita rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi.

Dia turut membawa bersama, anak keempatnya yang baharu berusia 32 hari, Shien Alfie Sukor.

Dia mengundi pada saluran dua di pusat mengundi, Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3, PGA Bidor dan merupakan salah seorang pasangan kepada anggota di situ.

Terdahulu, Pegawai Pemerintah Batalion 3, PGA Bidor, Superintenden Azhar Hashim, menjadi pegawai pertama membuang undi di pusat undian tersebut.

Seawal jam 7 pagi lagi, kebanyakan pegawai dan anggota sudah mula berkumpul di pekarangan pakir berhampiran bewan terbabit.

Tinjauan wartawan The Malaysia Press (TMP) mendapati keadaan tertakawal dan pengundian dilakukan dalam suasana Aman serta tertib.

Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga memberi kerjasama baik sepanjang proses undian berlangsung.

Anggota dan pasangan yang keuzuran diberi laluan keutamaan untuk memasuki tempat mengundi melibatkan dua saluran sahaja.

Terdahulu, calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dilihat calon pertama yang tiba di pusat undian, diikuti calon Parti Sosialis Malaysia (PSM); Bawani KS dan diikuti calon Barisan Nasional (BN) pada jam 10.35.

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April dan undian awal pada 22 April.

Dua pusat mengundi bagi undian awal iaitu di Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dan Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA, Bidor melibatkan tiga saluran.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi