Sindiket seludup rokok, arak guna kontena Miri

MIRI – Taktik licik sindiket penyeludupan menggunakan kontena sebagai stor penyimpanan rokok dan minuman keras terbongkar selepas diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak di Eastwood Valley Industrial Estate.

Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 Mac lalu oleh Unit Operasi Darat, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Miri itu dilakukan hasil maklumat risikan Zon Risikan Ibu Pejabat.

Pemeriksaan terhadap sebuah kontena bersaiz 20 kaki yang berkunci membawa kepada penemuan 700,000 batang rokok putih pelbagai jenama serta 1,536 liter minuman keras, kesemuanya disyaki diseludup masuk tanpa kelulusan.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM74,372 manakala jumlah duti dan cukai terlibat mencecah RM492,319.20 – menjadikan nilai keseluruhan sebanyak RM566,691.20.

“Rokok dan minuman keras adalah barangan larangan bersyarat di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dan memerlukan Permit Import untuk dibawa masuk ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya lagi, kes kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang awam supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana pejabat kastam berhampiran. Identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan.

“Penyeludupan bukan sahaja menyebabkan kerugian besar kepada hasil negara, malah turut mengancam keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” tegasnya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik