LKM hargai peranan media, komited mantapkan kerjasama bersama

KOTA KINABALU – Lembaga Koko Malaysia (LKM) amat menghargai peranan media dalam mengangkat dan menyampaikan kisah serta kejayaan industri koko Malaysia.

Pengerusi LKM, Datuk Matbali Musah berkata, media berperanan besar dalam memperkenalkan industri koko negara kepada khalayak lebih luas dari akar umbi hingga ke peringkat antarabangsa, maka kerjasama erat LKM dan media perlu diteruskan dan diperkukuhkan.

“Untuk itu, kami komited bagi memantapkan tiga kluster kerjasama bersama media iaitu melalui yang pertama, Lawatan Ladang dan Makmal kepada wartawan bagi menjejak proses bermula biji koko hingga coklat siap sajian.

“Kedua melalui Bengkel Penceritaan Berasaskan Data bagi memanfaatkan statistik eskport iaitu 47.9 peratus peningkatan kepada RM8.21 bilion dan keluasan tanaman Sabah lebih 3,400 hektar sebagai bahan rupa cerita.

“Yang ketiga ialah Edisi Khas “Suara Koko Malaysia” dalam media cetak dan digital yang merupakan satu platform berkongsi kisah kejayaan, peluang pelaburan dan manfaat sosial koko,” katanya semasa berucap Majlis Perasmian Malam Penghargaan Media 2025: ‘Press & Partnership – An Evening of Recognition’, di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua pengamal media untuk sama-sama menyokong program yang akan mengangkat industri berkenaan.

“Menjelang Malaysia International Cocoa Fair (MICF) 2025 di Sabah, saya menyeru semua rakan media mari kita padukan suara, wujudkan gelombang naratif yang menarik pelabur dari Paris hingga Tokyo.

“Membuktikan Malaysia bukan sekadar pengeluar tetapi peneraju inovasi koko Asia Tenggara. Saya percaya, banyak pencapaian dan aktiviti LKM selama ini mendapat perhatian dan sokongan rakyat kerana laporan-laporan berimpak tinggi yang dihasilkan oleh pihak media.

“Saya melihat media sebagai penyambung suara rakyat dan pencetus persepsi yang membina. Saya berasa amat terharu dan bangga berdiri di hadapan saudara-saudari malam ini, melihat serta menghargai setiap individu yang sentiasa menyokong LKM,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai MICF ketika sidang media, beliau turut menyatakan harapannya dalam memastikan kejayaan acara tersebut yang akan diadakan pada bulan Mei tahun ini.

“Program ini merupakan suatu yang harus kita kembangkan, saya selaku pengerusi juga berterima kasih kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta Kerajaan Negeri Sabah yang berusaha membiayai sebahagian daripada program ini.

“Ini adalah program yang akan mengharumkan nama negara kita dan kita bersyukur Sabah menjadi tuan rumah untuk penganjuran program ini, maka saya bersyukur juga atas adanya kerjasama pihak media yang mempromosikan program seumpama ini,” kata beliau.

Sementara itu, beliau turut menyatakan dari segi penyertaan MICF sememangnya menerima  sambutan yang agak meluas di peringkat antarabangsa.

“Ada banyak negara yang turut menyertai, antaranya seperti di Eropah dan juga Jepun serta negara-negara Asia. Jadi kita harapkan semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Dalam majlis tersebut, para mengamal media turut diraihkan dengan penyampaian Anugerah Artikel Terbaik kepada tiga pemenang, selain cabutan bertuah dan persembahan hiburan.

Turut hadir Ketua Pengarah LKM, Datuk Dr. Ramle Kasin; Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah Doksil; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK) Jabatan Penerangan Sabah, Dr Diana Dominic dan Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah, Datuk Lichong Angkui.

Related Posts

KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

KUCHING – Perjuangan Sarawak dalam memartabatkan hak autonomi pendidikan di bawah semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus membuahkan hasil apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan pelaksanaan subjek Sains Komputer serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

TAWAU – Isu penutupan jalan rizab di kawasan Bandar Sri Indah (BSI) – Ranggu (PR1MA) perlu diselesaikan secara harmoni melalui dialog dan berpandukan undang-undang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

Pastikan keselamatan petugas kesihatan dilindungi sepenuhnya – Datuk Wee

Pastikan keselamatan petugas kesihatan dilindungi sepenuhnya – Datuk Wee

Islam tidak pernah mengajar politik ketakutan

Islam tidak pernah mengajar politik ketakutan

Rejim Zionis dilapor guna penyeksaan sistematik terhadap tahanan, penduduk Palestin

  • By Siti
  • May 18, 2026
Rejim Zionis dilapor guna penyeksaan sistematik terhadap tahanan, penduduk Palestin