PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran ‘Sejahtera Bersama’

TAPAH – Barisan Nasional (BN) mengemukan tukuh tawaran utama dalam manifestonya kepada pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning yang dilancarkan, pada Ahad.

Calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir berkata, manifesto yang bertemakan ‘Ayer Kuning Sejahtera Bersama’  tercetus hasil
cetusan harapan masyarakat setempat selepas melakukan pertemuan dan luahan bersama penduduk di Ayer Kuning.

Menurutnya, teras pertama adalah menawarkan ekonomi tempat yang makmur dengan menyediakan geran khas untuk usahawan kecil, petani, pekebun kecil, dan penjaja selain memperluas akses pasaran bagi hasil tani dan produk kampung selain memperkasa keusahawanan melalui bimbingan dan e-dagang.​

“Selain itu, meningkatkan keupayaan sara hidup rakyat dalam memperluas program kedai bergerak dan jualan Rahmah serta
memberi peluang kepada peniaga kecil tempatan dalam program kesejahteraan rakyat.​

“Ketiga, pembangunan infrastruktur setempat dengan menambah baik jaringan jalan kampung, kawasan pertanian, menyediakan ruang niaga berstruktur untuk penjaja kecil dan peniaga muda serta meningkatkan liputan dan jaringan komunikasi, terutama di kawasan perumahan baharu,” katanya kepada media pada majlis pelancaran manifeso di Bilik Gerakan BN, pada Ahad.

Turut hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

Mengulas lanjut, Mohamad Yusri memaklumkan beliau juga akan memperkasa agenda anak muda &
bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya bidang pertanian moden, automotif dan digital serta mewujudkan inisiatif pemadanan pekerjaan dengan sektor industri di Tapah, Kampar, dan Slim River.​

Selain itu, katanya, beliau akan memperluaskan akses keselamatan sosial kepada warga emas miskin, ibu tunggal, dan Orang Asli di samping menawarkan bimbingan dan kemudahan pendidikan, kesihatan, serta pembangunan koperasi masyarakat Orang Asli.​

“Saya juga akan menawarkan pendidikan berkualiti bagi anak jati Ayer Kuning dengan memperjuangkan usaha menaik taraf kemudahan sekolah rendah, menengah, dan prasekolah selain menyediakan sokongan pendidikan dan kelas motivasi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Tawaran terakhir adalah perkhidmatan ADUN yang berjiwa rakyat. Saya akan membuka pusat khidmat rakyat dengan waktu operasi panjang termasuk hujung minggu.

“Pada masa sama, kita turut akan menjalankan lawatan berkala ke kampung dan taman untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat secara langsung,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.


Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun