Ahli UMNO sertai Pas rupanya isteri kedua Setiausaha Pas Tapah

KEJUTAN yang diuar-uarkan oleh parti Perikatan Nasional (PN) pada ceramah mega ketika kampen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning terjawab apabila Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, isteri kedua kepada Setiausaha Pas Kawasan Tapah menyertai parti tersebut.

Beliau yang merupakan mantan Exco negeri Perak serta Wanita UMNO Malaysia itu, menyerahkan borang keahlian parti itu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Ceramah Mega di Kampung Tanjung Keramat, Tapah, dekat sini.

Wan Norashikin yang hadir berjubah hitam dan berniqab ditemani suaminya iaitu Muhammad Noor Farid Zainal ketika menaiki pentas bagi penyerahan borang.

Muhammad Noor Farid juga merupakan mantan calon PN di DUN Ayer Kuning, bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, namun kalah kepada penyandang, Allahyarham Ishsam Shahruddin, dalam pertembungan lima penjuru.

Turut sama menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa; Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, di hadapan kira-kira 300 hadirin.

Untuk rekod, bekas Ketua Wanita UMNO Perak itu menang di DUN Kampung Gajah selama dua penggal iaitu pada 2018-2022 dan 2008-2013 atas tiket parti Barisan Nasional (BN).

Beliau juga pernah menjawat jawatan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Kebajikan Masyarakat Negeri pada tahun 2020 ketika Perak diterajui kepimpinan Ahmad Faizal selain badan bukan kerajaan (NGO) Negeri sejak 2020 hingga 2022.

Pada PRU14, dia menewaskan calon Pas dan Pakatan Harapan (PH) dengan memperoleh 11,026 undi.

Pada PRU15, beliau sekali lagi diberi peluang bertanding semula di kerusi sama, namun tewas kepada calon PN, Zafrulazhan Zan mewakili Pas dalam saingan empat penjuru.

Wan Norashikin, yang pernah menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, diuji dengan pemergian suaminya, Allahyarham Edi Razman Mohd Ismail yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Mei 2021.

Beliau sekali lagi bertemu jodoh dan diijabkabul dengan Muhammad Noor Farid pada April 2024 lalu.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam