Calon Ketua Cabang, Ketua AMK Silam lapor polis, nama ‘gugur’ hampir sejam

LAHAD DATU – Calon PKR Ketua Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Silam, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin membuat laporan polis selepas namanya dikesan hilang dan dilabel sebagai ‘calon tarik diri’ dalam sistem undian selama 45 minit semasa proses pengundian berjalan.

Syafiq, 24, berkata, Seawal pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi, namanya sebagai calon nombor dua masih tertera dalam sistem pengundian atas talian, dan beliau telah mengundi seperti biasa.

“9.41 pagi tadi saya menerima satu panggilan mengejutkan, nama saya tiba-tiba dilabel sebagai “CALON TARIK DIRI” di dalam sistem undian, walhal saya tidak pernah membuat sebarang penarikan diri mahupun memberi apa-apa notis rasmi.

“Sebaik menerima maklumat, saya bergegas hadir ke Pusat Pengundian Fizikal di De Leon Hotel, nama saya juga tidak tersenarai dan hanya dua nama calon sahaja yang tertera,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad. 

Susulan insiden itu, Syafiq membuat laporan polis dan menghubungi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sebelum namanya kemudian dimasukkan semula ke dalam sistem pengundian. 

“Persoalannya, siapa yang menarik nama saya? atas arahan siapa? dan atas tujuan apa? atau kesilapan teknikal? bagaimana tempoh 45 minit yang boleh menyebabkan saya kehilangan undi?. 

“Saya berdiri teguh untuk KEADILAN yang sebenar kerana ini bukan soal saya sahaja, tapi soal integriti proses demokrasi dalam parti (PKR) yang kita cintai bersama.

“Saya menuntut penjelasan rasmi dan pembetulan segera daripada pihak yang bertanggungjawab,” ujarnya. 

Untuk rekod, Syafiq merupakan bekas Naib AMK Cabang Silam 2023-2025.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok