Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

SUNGAI PETANI – Dua anggota Tentera Darat (TDM) yang cedera selepas senjata yang dikendalikan mereka meletup secara tiba-tiba ketika menjalani Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, semalam kini berada dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa yang terlibat ialah Sarjan Mohamad Firdaus Che Shaharudin dan Koperal Felix anak Franchis, masing-masing daripada Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD).

TDM dalam satu kenyataan memaklumkan, Sarjan Mohamad Firdaus menerima rawatan sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang ke pasukan.

“Koperal Felix pula kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

“Kejadian berlaku ketika sesi latihan tembakan apabila senjata yang dikendalikan kedua-dua anggota mengalami stoppage atau tersangkut serta gagal meletup,” katanya.

TDM berkata, kedua-dua anggota telah melaksanakan tindakan segera mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan bagi menangani situasi berkenaan.

“Walau bagaimanapun, satu letupan berlaku secara tiba-tiba mengakibatkan kedua-dua anggota mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terkena serpihan.

“Kedua-dua anggota diberikan rawatan kecemasan awal di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan pasukan sebelum dikejarkan ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, TDM memaklumkan satu Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut secara terperinci dan menyeluruh.

Lapang Sasar Kem Hobart turut ditutup sementara bagi membolehkan proses siasatan dijalankan.

“TDM memandang serius terhadap insiden ini dan akan memastikan aspek keselamatan serta prosedur operasi standard latihan sentiasa diutamakan,” katanya.

Pada masa sama, TDM memohon kerjasama orang ramai khususnya pengguna media sosial supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan serta menghormati privasi anggota yang terlibat dan keluarga mereka.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar