Sentimen agama, kaum oleh PN tak jejas kempen Ustaz Yusri

TAPAH – Sentimen perkauman dan agama yang dicipta dan dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) tidak akan memberi kesan kepada Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir.

Beliau menegaskan, pihaknha tidak akan mengikuti rentak pihak lawan yang gemar menggunakan persepsi terbabit demi mencipta persepsi negatif dalam menarik hati rakyat untuk mengundi pembangkang.

Pesara guru itu komited mahu menerapkan amalan berkempen secara harmoni, berhemah dan mengamalkan konsep politik matang yang lebih diterima oleh khalayak ramai.

“Saya tidak terganggu dan tidak mahu mengambil pusing pihak lawan. Saya tiada masalah dengan masyarakat berbilang kaum kerana rakyat di negara ini terkenal dengan kepelbagaian tersendiri.

“Saya diterima baik ketika menyantuni masyarakat India dan Cina, sama juga maklum balas daripada pengundi Melayu dan Orang Asli.

“Saya sudah menyantuni mereka dan isu ini bukan masalah bagi saya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran manifesto BN bagi PRK Ayer Kuning, pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pelbagai isu berkaitan agama dan perkauman, dikatakan diguna sebagai bahan kempen pencabarnya pada PRK DUN Ayer Kuning.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini menyaksikan saingan tiga penjuru dan diadakan susulan kematian penyandang, Ishsam Shahruddin, akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Dua calon menentang Mohamad Yusri ialah Abdul Muhaimin Malek mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

Mengulas manifesto BN, lulusan Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) itu memfokuskan gerak kerja untuk memberi penjelasan pelbagai tawaran diketengahkan kepada pengundi.

“Siri kempen saya seterusnya akan memfokuskan usaha memperjelas tawaran dalam manifesto ini secara terperinci kepada pengundi.

“Saya berpandangan tawaran ini adalah suatu yang baik untuk diketengahkan demi kesejahteraan mereka,” kata pesara guru berusia 54 tahun itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK DUN Ayer Kuning adalah sebanyak 66,318 orang terdiri daripada 31,897 pengundi biasa, 582 anggota polis serta pasangan.

Daripada 31,897 pemilih berdaftar, seramai 14,527 daripadanya terdiri daripada pengundi berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu; PRK DUN Kuala Kubu Baharu; PRK Sungai Bakap; PRK DUN Neggiri dan DUN Mahkota, Johor.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat