Tempoh penggal DUN tamat November – Hajiji

KOTA KINABALU – Tempoh penggal semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka tamat November ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Beliau sekali gus menepis spekulasi persidangan kali ini (Sidang DUN ke-16) merupakan yang terakhir sebelum pembubaran DUN diumumkan.

“Kita punya tempoh ini akan berakhir sebenarnya pada bulan November yang datang dan ianya diambil apabila kita mula mengadakan sidang DUN selepas pilihan raya yang lalu,” katanya kepada media pada hari terakhir Persidangan DUN Sabah yang ke-16, penggal kelima, di sini, pada Khamis.

Menurut Hajiji, satu mesyuarat dijangka dibuat bersama komponen PH Plus berkenaan pembubaran dan penentuan tarikh Pilihan Raya ke-17 Sabah.

“Kita kena bincang dengan rakan-rakan parti komponen dan mendengar pandangan masing-masing nanti.

“Nanti kita akan bermesyuarat bukan sahaja GRS tapi rakan-rakan kita dalam kerajaan PH Plus baru kita tetapkan bila kita putuskan untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.

Mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bekerjasama dengan PH Sabah bagi menghadapi PRN17, Hajiji menyatakan pendirian kerajaan negeri terbuka terhadap sebarang rundingan politik sehingga pilihan raya diadakan.

“Itu Barisan Nasional punya pandangan. Kita sekarang kerajaan negeri pada hari ini, jadi itulah pendirian kita tetapi demi kebaikan rakyat dan negeri, kita tidak menutup pintu rundingan dengan parti-parti lain.

“Yang penting adalah manfaat kepada rakyat dan kestabilan politik negeri. Kita perlu bersatu demi masa depan Sabah yang lebih baik,” ujarnya.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan