Ladang babi berlesen terap sistem teknologi moden, berhawa dingin

TAPAH – Perikatan Nasional (PN) disifatkan ketandusan idea dengan menjadikan isu ladang babi berlesen sebagai modal dalam kempen politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim berkata, tiada kewujudan ladang babi haram di kawasan tersebut selain industri hiliran itu yang memiliki lesen telah menggunakan sistem penternakan moden dan berhawa dingin.

Menurutnya, penduduk di kawasan sekitar juga mengakui tidak mempunyai masalah dengan penternakan industri hiliran berdekatan Kampung Tanjung Keramat.

“Tiada ladang babi haram (seperti didakwa PN), hanya ada ladang babi berlesen dengan menggunakan penternakan berteknologi tinggi dan menggunakan hawa dingin.

“Isu ini sebenar adalah isu lama dan telah pun diselesaikan. Hasil pertemuan bersama dengan penduduk setempat juga mereka tiada masalah dengan perkara tersebut,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di Kampung Tanjung Keramat, pada Khamis.

Sehubungan itu, Khairol Najib menasihati wakil rakyat Pas untuk membuat kajian dan semakan fakta sebelum memainkan isu sensitif seperti ini sehingga akhirnya pembangkang ‘terludah ke muka sendiri’.

“Kita menyeru semua pihak agar tidak memperalatkan isu kaum atau agama demi kepentingan politik sempit. Isu-isu seperti ini sepatutnya ditangani dengan fakta dan perancangan, bukan retorik dan pembohongan.

“Rakyat Perak berhak mendapat maklumat yang tepat dan pemimpin yang berintegriti. Marilah kita bersama-sama menolak politik kebencian dan membina negeri Perak yang harmoni dan sejahtera,” katanya.

Terdahulu, penduduk di Kampung Tanjung Keramat menafikan terdapat ladang babi beroperasi di kawasan tersebut, seperti didakwa oleh Ketua Pemuda PN Perak, Hafez Sabri. 

Berdasarkan pemerhatian TMP, tiada ladang babi haram yang wujud di kampung tersebut, malah industri hiliran itu yang memiliki lesen telah menggunakan sistem penternakan moden dan berhawa dingin selain ditempatkan sejauh kira-kira tiga kilometer (KM) dari penduduk setempat.

Malah, rata-rata penduduk menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad bahawa kewujudan ladang babi berlesen itu menyebabkan penduduk Ayer Kuning terpaksa berdepan bau busuk setiap hari.

Sebelum ini, Hafez Sabri ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mendedahkan terdapat ladang babi beroperasi di Ayer Kuning, lebih-lebih lagi di Kampung Tanjung Keramat yang majoritinya didiami masyarakat Melayu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi terbabit memberitahu, penduduk di kawasan berkenaan menyatakan ketidakpuashatian kerana isu tersebut masih belum diselesaikan sehingga kini.

Malah, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menerusi sidang media pada Khamis turut memaklumkan pihaknya turut meminta kerajaan negeri mewajibkan penggunaan sistem penternakan moden yang tidak mengeluarkan bau susulan mendakwa penduduk Ayer Kuning terpaksa berdepan bau busuk setiap hari.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan