KKR Sabah ambil langkah proaktif tangani isu pembetungan di Sandakan

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) terus mengambil langkah proaktif menangani isu pembetungan yang berlarutan di sekitar Sandakan

Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, antara punca utama yang menyebabkan gangguan sistem pembetungan di Taman Megah adalah kecurian komponen elektrikal dan sumbatan paip akibat pembuangan sampah yang akhirnya menyebabkan limpahan kumbahan di kawasan berkenaan.

“Kerja-kerja pembaikan loji rawatan kumbahan di Taman Megah telah siap sepenuhnya pada 19 Februari 2025, manakala penyelenggaraan paip pembetungan selesai pada 31 Mac 2025,” katanya.

Kawasan yang terbabit iaitu Taman Megah Batu 7, Pasar Batu 8 serta beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR). 

Beliau turut mengulas isu di Pasar Besar Batu 8 yang sering berdepan masalah limpahan lurang pembetungan disebabkan pembuangan sisa seperti sampah, minyak dan gris oleh sebilangan orang awam dan pemilik premis.

“Masalah ini berulang kerana kurangnya kesedaran awam tentang kepentingan sistem pembetungan dan tanggungjawab bersama dalam menjaga infrastruktur awam.

“Sebagai langkah penyelesaian, JPP Sabah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) melaksanakan pemeriksaan dan penguatkuasaan bersepadu pada 21 Mac 2025 bagi mengekang masalah ini daripada terus berlarutan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Arunarnsin Taib dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, Khamis.

Tambahnya, dalam usaha memastikan sistem pembetungan berfungsi dengan baik di kawasan pasar lain, JPP Sabah turut memulakan program pembersihan lurang dan rangkaian paip di beberapa lokasi lain. 

“Ini termasuk Pasar Umum Sandakan, Pasar Elopura 1 dan 2, Pasar Bandar Pasaraya serta Pasar Besar Batu 8 bermula 9 April 2025 untuk tempoh sembilan bulan,” katanya.

Mengulas mengenai kawasan PPR, Shahelmey berkata bahawa lima kawasan PPR di Sandakan yang berada di bawah selenggaraan JPP Sabah iaitu PPR Sungai Manila, Taman Murni, Lintas Sibuga, Taman Gum-Gum dan Taman Mesra turut terkesan dengan isu pembuangan sampah ke dalam lurang pembetungan.

“Kerja-kerja pembersihan paip dan lurang pembetungan di lima kawasan ini telah dan sedang dilaksanakan. 

“Program pembersihan secara rutin melalui kontraktor luar bagi PPR Lintas Sibuga dan PPR Taman Gum-Gum bermula 19 Mac 2025 dan akan berakhir pada 18 November 2025, manakala tiga lagi loji dikendalikan sendiri oleh JPP Sabah,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa isu pembuangan sampah, minyak dan gris ke dalam sistem pembetungan awam masih menjadi cabaran utama di Sandakan.

“Bagi menangani masalah ini, JPP Sabah akan memperhebatkan program pendidikan dan kesedaran awam, selain terus mempergiat penguatkuasaan dan pemeriksaan bersama MPS.

“JPP Sabah juga dalam usaha memperkukuhkan keupayaan kakitangan serta melengkapkan peralatan penyelenggaraan di Sandakan agar sistem pembetungan di kawasan ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan efisien,” katanya.

Menjawab soalan tambahan, beliau berkata bahawa JPP Sabah melantik empat panel kontraktor penyelenggaraan mengikut zon di Sandakan.

“Bagi Zon Gum-Gum, kontraktor penyelenggaraan yang dilantik ialah Tensa Engineering Sdn. Bhd. bermula 17 Februari 2023 untuk tempoh tiga tahun sehingga 16 Februari 2026.

“Isu-isu yang dibangkitkan sebentar tadi akan disemak semula dan saya pastikan tindakan sewajarnya diambil,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok