Kerajaan Sabah pastikan semua mangsa banjir terima bantuan ikut keperluan

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah tidak pernah mengabaikan nasib rakyat, terutama mangsa-mangsa banjir dan sentiasa menyalurkan bantuan mengikut keperluan serta garis panduan yang ditetapkan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menegaskan, kerajaan tidak bersikap zalim mahupun lepas tangan terhadap rakyatnya yang terjejas akibat bencana.

“Setakat ini, semua bantuan yang disalurkan oleh NADMA atau melalui jawatankuasa bencana peringkat daerah adalah tertakluk kepada Arahan NADMA No.1.

“Bantuan wang ehsan, sebagai contoh, hanya diberikan kepada mangsa yang berpindah dan mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya ketika menjawab soalan tambahan ADUN Dilantik, Datuk Yong Teck Lee semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini pada Khamis.

Jelas Nizam, NADMA sebagai agensi peneraju pengurusan bencana sentiasa mengikut garis panduan jelas seperti yang termaktub dalam Arahan No.1 yang berkuat kuasa sejak Ogos 2024 yang menggantikan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.20 bagi memastikan pengurusan bantuan dibuat secara sistematik dan menyeluruh.

Katanya, bagi mangsa yang tidak dapat berpindah ke PPS akibat laluan terputus atau keadaan banjir yang berbahaya, kerajaan tetap menyediakan bantuan keperluan asas melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah (JPKA) dengan kerjasama agensi penyelamat seperti Bomba, Polis, Tentera, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Mengulas cadangan ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin mengenai bantuan tambahan kepada rakyat yang terjejas teruk akibat banjir, Nizam berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk meneliti setiap kes secara menyeluruh.

“Selain bantuan NADMA, kerajaan negeri juga ada menyediakan bantuan tambahan bergantung kepada situasi sebenar.

“Setiap kes akan dinilai satu per satu dan saya percaya kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa mengambil kira kebajikan rakyat dalam membuat pertimbangan,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan supaya sebarang permohonan atau laporan rasmi disalurkan segera melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah agar tindakan pantas dapat diambil.

“Saya yakin kerajaan sentiasa memberi pertimbangan terbaik demi kebajikan rakyat, lebih-lebih lagi dalam situasi bencana,” katanya menjawab soalan ADUN Telupid, Datuk Jonnybone Kurum.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat